Hari ni hari Rabu, cuti hari pertabalan agung. Walau bagaimanapun, saya perlu pergi kerja, ada benda yang belum beress.
Anyway, update hari ni adalah gambar kami di Damai Laut, sebelum balik. Pagi, lepas breakfast, kami pergi round lagi, tengok pantai, tapi tak mandi sebab jelly fish laa.
Waktu jalan jalan tu, kami nampak satu couple sedang macam bertukar tukar ikrar cinta aja kat atas batu besar...fine...whatever kan, sewaktu kami semakin dekat dengan lokasi couple ni, mereka sudah selesai kut dengan ikrar cinta depa, dan mereka mahu turun lah kan.
Yang lelaki turun dulu, lepas tu perempuan tu pulak terkial kial nak turun. Perempuan tu pakai maxi tau, yang macam berkemban tu..he he, mesti dia beli kat Lumut tuh...ha ha. Anyway, perempuan tu telah terjatuh, berdepup dada dia jatuh atas batu, saya siap menjerit, takut dia cedera. Aduhhhh, mesti sakit tahap gaban tu.
Tapi Shuk terus kata, 'jangan tengok cikbib, sian dia'. So..kena lah ikut nasihat suami kan, tapi saya tengok pun bukan apa, kut la dia memerlukan pertolongan ke kan.
Tapi Shuk macam marah, dia kata "kenapa la lelaki tu tak pegang perempuan tu" infact, Shuk asyik ulang aja...
sebenarnya saya terharu sikit-sikit bila Shuk sangat concern dengan apa yang kami lihat tu, suami saya ni, walaupun tak pernah pujuk saya, tapi saya tahu dia jaga saya dengan baik. Saya ingat lagi, waktu saya jatuh dan kaki saya sakit, dia sentiasa pimpin saya...infact, sekarang ni, walaupun sebenarnya saya ni seorang perempuan yang macho, biasa jaga diri sendiri, dia tetap akan pegang/pimpin saya untuk melangkah langkah longkang besar ke, turun dari tempat tinggi sikit ke, ...mungkin sebab dia rasa saya gemuk sangat kut, kalau apa apa jadi,masak dia nak heret saya, haa, baik aku pimpin isteri aku ni dulu...ha ha ha
Anyway, lepas tu kami masuk tengok tv, tidur sat, mandi and check out. Sebelum tu, kami amik la gambo sikit sikit...
yang ni macam gambar kat Langkawi gak...set camera, lepas tu Shuk pun lari duduk..
view dari lobi, saya amik waktu tunggu Shuk check out
dari lobby juga, pulau yang dalam gambar di atas ni adalah Pulau Pangkor..nampak dekat aja
lagi view
Shuk beratur
finally, good bye Swiss Garden Damai Laut...adakah kami akan datang lagi? rasa macam.....he he he....kalau ada orang belanja apa salah nya kan?
No comments:
Post a Comment