Kami baru balik dari Swiss Garden Damai Laut....adoiii, hubby keletihan drive, lepas Maghrib terus tidur, baru je bangun.
Saya? Saya sudah pergi tempat ni sebenarnya, lebih sepuluh tahun yang lalu. Waktu tu tempat tu baru aja siap kut, infact, jalan menuju ke tempat tu pun tak siap lagi, ingat lagi saya terpaksa melalui batu kerikil dengan kancil merah saya.
Saya lagi..yup, actually saya yang request hubby nak pergi somewhere, I ingatkan PD ke, Melaka ke, Hotel of Golden Horses ke...tiba tiba hubby sudah book Swiss Garden guna AGODA...heeee.
Saya tahu tempat ni jauh, tapi saya ingat lagi waktu saya pergi lebih sepuluh tahun dulu, tempat ini memang sangat cantikk, sangattttt cantik. Tapi sepuluh tahun telah mengubah banyak benda, mungkin kekurangan peruntukan, banyak perkara yang telah tidak dipelihara/well maintain. But still, we had a good time.
Tempat di terletak di teluk/lagoon...so, view memang superb. Dia punya golf course rasanya well maintained, rooms pun okay, tapi persekitaran lah, macam rumput panjang, tempat sampah kat parking bersepah....hmmm, tapi bilik nya okay, legaaaa saya.
Aktiviti? Unfortunately the beach ada jelly fish, so we were not allowed to swim...nak masuk swimming pool? ha ha ha...belum lagi sanggup dengan saiz saya ni...tapi boleh lah swim dengan pool kalau mahu, ada archery, ada naik kayak, ada naik motor/kereta.
Tapi, kat sini tinggal sehari/semalam aja cukuplah, kalu tak, bosanggg la, unless if you play golf.
Baliknya, kami singgah sat di Lumut, lunch, dan straight to Shah Alam. I fell asleep half of the journey, bila bangun, hubby suruh drive pulak sebab dia dah penat. Sian hubby, baru nak lelap, saya pergi langgar lubang, bedebummm, teruss Shukri tak leh tidur dah.
Bukan apa, saya ni asyik drive kat town, kat highway, so, jalan biasa nih...memang banyak cabaranynya.
Saya belum upload gambar lagi, so, next post lah ye. Esok, saya ada satu interview jugak..malas nak fikir, malas nak stress, saya nak pergi dengan relax je la..
Okay, semoga minggu depan adalah lebih baik untuk saya, juga anda semua.
No comments:
Post a Comment