Sunday, April 29, 2012

28 April 2012

28 April 2012 :

Saya perlu hadir course 'New Professionalism' lagi, sehari suntuk, dari pukul 9-5 petang.

Yang saya tak suka : It's my Saturday, masa untuk basuh baju, kemas rumah, masak dan makan dengan hubby, lepak ke mana mana dengan hubby...dah la hari kerja sibuk kan.

Yang saya suka sikit : Course ni tak berat, fasal etiquette dan fine dining kan..soooo, tak de kepenatan kepala di sini. Makan pun best. Tapi waktu lunch, dan terpaksa makan ikut cara yang betul, adoiiii, malasnya. Tapi elok juga makan dengan cara yang proper ni, kurang sikit makan. Tapi ye lah, banyak lah ilmu untuk bersosial yang saya dapat.

Selepas habis course, waktu tea, I went to the cikgu and informed her that I might not be able to attend the next day course if I am not able to finish up my report on Sunday (hari ni)...determine to finish everything by tonight though.

Habis course, hubby datang ambil (part inilah yang bestnya kalau ada suami nih, he he), lepas tu kami ke Mines. Sampai kat Mines, sebenanya saya dah kenyang, tiba tiba lalu dekat kedai Sweetchat (agaknya, dah lupa nama). Hubby teringin nak makan bubur kacang durian, so kami pun singgah. Saya nampak gambar durian pancake, saya ada baca di blog peej burhan yang dia makan ni dan dia kata sedap...so, saya pun try lah.

Haaa, yang atas ni pancake durian, three pieces, rM7.50. Sedap gak...

yang atas ni, hubby punya bubur kacang durian, dah nak abis baru teringat nak amik gambar...

Heeee, my model. Senyum...kami minum air mineral je

Lepas tu, kami lepak tengok orang naik bot, lepas tu of course lah teringin nak naik bot jugak...haaaaa

 tu dia, Shuk pos maut...masa ni bot belum jalan lagi
haaa, lalu depan rumah ni, driver tu kata, rumah Kadir Syeikh Fadil...besar tahap gaban, siap ada boat lagi

haaa, ada white swan..cantik. Black swan pun ada

Lepas tu, since dah Maghrib, kami pun pergi cari surau. Surau tu terletak di sebelah boling arena,  lepas solat, kami pun lepak tengok orang main boling. Saya teringin nak main sebenarnya, tapi kan tangan sakit, so, hubby kata, jangan mengada.

Seronok juga tengok ada sorang ni main bowling , dia punya lagak, fuyoooo, macam professional, tapi bila dia baling bola, hmmm, asyik tak strike dan masuk longkang..Syuk ngan saya boleh gelak kuat tak ingat dunia, lepas tu, dua dua terdiam, terinsat....ye la, gelak kat orang kuat kuat, kalau orang tu serang kita orang macam mana...haaa...tau takut...

Sebab dah penat, kami decided nak balik, tapi hubby kata dia lapar la plak...so, singgah sat di Subway. Beli 6 inch sandwich satu, kongsi. Air tak beli, minum air mineral yang tak habis lagi tadi...kena berjimat kan. Waktu tu sebenarnya saya teringat nak makan maggi, letak sayur, letak cili api...hmmmmm, mengancam kan..love this.

Sampai rumah, tengok Mania sat ( I love this programme), mandi, dan bila turun, hubby tuntut maggi tuh...saya pun masaklah, kongsi satu bungkus dengan hubby.

Lepas tu, saya tengok tv, dan tak sedar bila, sudah tidur depan tv lagi...bangun bangun sudah pukul 6.00 pagi...so, bangun solat....




No comments:

Post a Comment