Thursday, April 5, 2012

Jadi Blogger?

Erghh, lamanya saya tidak menulis kan. Menulis dari hati..ha ha ha.

Anyway, baru-baru ini ada kawan saya singgah di bilik kaca saya sekejap. Yup...walaupun lama tak jumpa, tapi sebab kekangan jumlah kerja yang banyak, perbualan kami tidaklah panjang.

Tapi sempatlah juga bertanya khabar, juga bertanya keputusan SPM anaknya (dapat 6 A, tahniah Amir). Tiba tiba, sahabat saya ini telah memaklumkan kepada saya tentang cadagannya untuk menghantar anaknya untuk satu kursus khas membina blog...blog rasanya, bukan website.

Hmmm...yang saya pulak kata ' hmmm, do you think that it is really necessary?'

Dia pun tanya balik 'ekau tak rasa perlu?'

Saya pulak 'rasa macam tak perlu'  isk, kenapalah saya kena bagi pendapat saya kan?

Anyway, sahabat saya ini bercadang untuk memberikan anaknya sebanyak boleh ruang/pilihan untuk menjana pendapatan kerana kehidupan masa hadapan adalah sangat mencabar, so, kalau tak dapat kerjapun, tulis blog, kalau ramai orang baca, kan boleh menjana pendapatan. Hmm, saya sangat suka idea ini sebenarnya.

Saya ingin memperkatakan tentang 2 perkara ;

1) semangat seorang ibu untuk memastikan anaknya boleh membiayai diri sendiri pada masa hadapan, di zaman  susah untuk mendapat kerja ini...memang sahabat saya ini ibu yang bagus.

2) macam mana untuk menjadi seorang blogger yang berjaya/boleh menjana pendapatan? Haaaa, ini adalah pendapat peribadi ye sebab hubby dan saya memang sedang melihat daripada pelbagai sudut untuk secara serius berblog dan menjana pendapatan.

A) Sebelum berblog, there are a few things that we must put into consideration :

i) bersedia untuk menjadi terkenal
ii) bersedia untuk menerima kritik/pendapat orang lain, baik atau buruk, ini tidak senang ye

Kalau tidak bersedia dan setiap kali orang komen negatif sikit kita sudah chembeng dan menamatkan blog kita, baiklah kita berhenti dari menjadi blogger.

Tapi saya sudah membincangkan perkara ini dengan hubby, dan dia kata, sebenarnya ada cara untuk mengelakkan terjadinya conflict, yeah, kita boleh cuma melaporkan tanpa perlu menokok tambah dengan pendapat peribadi...soooo...kalau nak play safe, jadi pelapor cukup, your opinion should be kept in your diary, not your blog.

B) Bagaimana untuk menarik minat orang membaca blog anda?

i) update selalu/consistent

ii) material yang bagus/menarik

iii) bahasa yang sesuai/ gambar

iv) promosi, satu cara adalah dengan follow blog orang lain dan start giving comments...

Morale of  the story, apa apa pun yang kita buat, mesti ada cabaran yang perlu dilalui. Bukan senang untuk senang kan. Tapi seperti yang saya cakap tadi, memang ada peluang untuk menjana pendapatan sebagai blogger ni, heee, macam blog dari dapur kak jee tu, duit berblog boleh cover untuk bayar bulanan kereta dan rumah baru yang dia beli, so, at least dia dapat dalam 3-4 ribu sebulan. On average, seramai 13,000 orang visit her blog every day. Cikbib punye blog, dapat 30 orang sehari pun dah lompat lompat.

Saya pun nak juga menjana sedikit pendapatan lebih sebab saya mahu membeli sebuah bangalow Jewellery di Shah Alam...miahhahahaahh....daser kuat berangan. Tapi saya masih malu untuk jadi famous (macam akan famous kan?)

Anyway...untuk anak-anak saudara saya yang mungkin keliru dengan hidup, maybe you can consider this as an option, itu sahaja dulu...have nice day everyone

No comments:

Post a Comment