Monday, August 31, 2015

Rombongan VIP Dari Ipoh : Day 5 & 6, KK and Going Back to Semenanjung

Assalamualaikum.

Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 58. Pastinya kami bercuti dan kami telah mengambil keputusan untuk rehat dan duduk rumah sahaja. 

Oleh kerana tidak ke mana-mana, saya cuba selesaikan siri Rombongan VIP Dari Ipoh ni sekarang ni ye, insyaa allah.

Pada hari ke 5, iaitu hari Isnin, kami merancang untuk membawa makcik/pakcik kami keliling KK. Kalau keliling KK, maksudnya mestilah pergi ke Pasar Filipina kan, lagipun Makngah dah asyik tanya sebab dia nak beli udang kering.

Tetapi, sebelum ke Pasar Filipina, suami saya, Angah, Ira dan Huda telah ke pasar KK. Huda telah diarahkan oleh ayahnya untuk meninjau pasar KK (hiks...maklumlah, ayahnya askar). Tapi angahpun excited juga nak ikut, walaupun, menurut suami saya, di tengah-tengah pasar tu, kaki angah "cramp" sekejap. 

Selepas mereka balik, kami pun keluar semula untuk ke pasar Filipina. Banyakkkk depa beli. Acu dan makngah beli gelang mutiara dan brooch. Acu terus pakai lagi...suka tengok depa excited. Lepas tu beli ikan kering, udang kering, ikan bilis dll. Semua orang ada satu kotak masing-masing. 

Lepas depa habis beli barang, dua-dua anak dara tu teringin nak berjalan lagi dan beli barang and I just loveeee how they did it. Depa pergi beli air untuk opahs and Tokngah, find them a place to sit and ask them to wait. But the opahs and Tokngah were kind and very understanding, they waited patiently while chatting and tengok orang lalu.

Tengok tu, nasib baik dapat port baik yang sejuk

Angah, bersembang dengan tukang jahit tu

aish, makngah dengan angah...

Lepas tu, kami bawa mereka melihat Tg Aru. Angah sudah tidur dalam kereta waktu tu sebab penat/panas. Mereka juga sudah cakap mereka lapar jadi kami pun cari port tempat makan. Kononnya kita orang nak makan ringan-ringan aja tengaharinya sebab malam nanti nak makan heavy hasil belian pagi tadi.


Yay...gambar ni pun saya suka, kami pergi makan tengahari di Hotel Tabung Haji.


Semua orang makan kongsi kecuali Angah dengan Makngah sebab Angah nak makan nasi beriani, tapi Makngah nak makan kueteow goreng. Tapi, akhirnya, Makngah punya, tak habis, kita orang share habiskan. Alhamdulillah, licin.


owh, ada gambo angah baru nak makan nasi beriani...dia kata sedap

Mungkin saya boleh maklumkan di sini iaitu untuk mereka yang mencari tempat untuk makan di KK, saya akan cadangkan Hotel Tabung Haji KK ni. Tempat ini sesuai sekiranya kita nak cari tempat yang lebih "decent" lebih-lebih lagi untuk meraikan tetamu. Ambiance bagus, layanan pun bagus, sementara makanan pula, walaupun tidak banyak pilihan, tapi apa yang mereka serve, adalah sedap. Harga juga adalah sangat sangat affordable.

I think they were happy and satisfied, which makes Shukri and I were even happier.

Sementara suami saya dan Angah pergi mencari ayam, yang perempuan ambil kesempatan shopping dan bergambo

Balik aja ke rumah, semua orang balik ke bilik masing-masing, berehat sat dan solat. Sementara menunggu untuk Asar, saya telah tidur depan tv dan hanya bangun dalam jam 5.30 macam tu. Apabila bangun dan ke dapur, saya dapati mereka sudah mula memasak makanan malam...terharu sungguh. 


Tengok tuuuu....ketua masak adalah Acu sebab Acu memanggggg pandai masak.


And the menuuu...ikan siakap masak sweet sour yang di letak green apple (atas arahan ayah askar Huda, hi hi hi), ketam masak lemak yang sedap dan pedas juga 2 ekor udang yang super besar goreng, makan kongsi2. Angah telah beli udang tu yang sama dengan udang besar yang kami serta pada hari ke 3 tu. Angah tak makan isi udang tu, dia cuma berebut nak janggut udang tu aja....


Gambar di meja makan


Lepas dinner, Angah terus naik ke bilik, mesti dia penat tu sementara the opahs menonton tv. 

Huda pulak telah mengajak Uncle Shuk ber Starbucks malam itu, setelah the veterans retired for the day. Yup...sian Huda dengan Ira, depa tak sempat nak buat apa yang orang muda lain buat, takpe, datang lain kali yeee, insyaa allah.

Gambar kami di Starbucks...balik ke rumah dalam jam 12.00 kut, esok kena bangun awai sebab flight jam 7.20 pagi

-----------------------------------------------------------------------------

Esoknya, lebih kurang dalam jam 3.30 pagi, saya terdengar ada orang mandi di bilik air atas, maknanya mereka sudah bangun, Saya pun bangun juga sebab saya kena sahur sebab mahu menghabiskan puasa 6 hari di bulan Syawal.

Lepas tu mak saya sudah turun dan cakap kat saya macam ni "masak nasik, sebab Makngah tu nak makan nasik pagi"

Ha ha ha ha ha...subuh tuuuu. Lagipun saya tahu mereka sudah order nasi lemak Pak Nasser dalam flight kan.

Anyway, kami bertolak keluar dari rumah dalam jam 5.40 dan semuanya settle dalam jam 6.30 macam tu.

Lepas checked in baggage kami ambil gambar kat bawah ni...


Lepas bergambar, kami hantar depa masuk boarding hall. Sewaktu nak masuk tu, saya ingat nak la cakap minta maaf sekiranya ada yang tak sempurna ke, yang kurang ke. Juga nak cakap terima kasih sebab sudi datang. Tapi rupanya ada airmata nak turun, dan kalau bercakap mesti suara bergetar kan, nanti orang tahu kita nangis, tak macho pulak kan. Saya tidak boleh explain kenapa, tapi hati rasa sayu aja nak hantar mereka balik.

Mak saya ada cakap something macam "terima kasih, jaga diri baik-baik"...Acu dan Makngah pun, cakap "terima kasih", dan Angah pulak macam gelak-gelak dengan Shuk.

Kami tunggu sampai mereka lepas kaunter imigresen, sampai semuanya clear dan lepas tu, saya pergi kerja terus.

Lepas mereka balik...saya dan suami rasa rumah sunyi aja, rindu nak tengok mereka beratur turun tangga pelan-pelan. Ini lah kali pertama saya di beri peluang untuk entertain mereka ramai-ramai dan pastinya, kenangan ini akan menjadi antara kenangan indah buat saya dan suami. 



Thursday, August 27, 2015

Kaki

Assalamualaikum.

Hari ini 27 Ogos 2015.

Saya sibuk semalam, dan hari ini, saya baru habis buat satu kerja yang membuat saya penat dan saya rasa macam nak bertenang, blog hop sekejap dan update blog...sat je.

Bila blog hop tadi, rasa terkejut pulak bila baca ada artis ni sudah bercerai. Saya tumpang sedih tapi pastinya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk mereka.


Saya juga ada baca post dari Yuna fasal haters dan saya bersetuju dengan statement Yuna. Saya dapati ada netizen yang bila menegur orang lain langsung tiada adab sopan. Yang lebih teruk adalah mereka yang kononnya menegur atas dasar agama, tapi akhlak mereka tidak menggambarkan Islam itu sendiri...very sad.


Dan pagi semalam, ada sesuatu yang telah menyebabkan saya terpaksa berdiri di atas sebelah kaki kiri sahaja, dalam durasi lebih kurang 20 saat. Pada waktu itu saya terkagum dengan diri saya sebab saya tidak sangka yang saya masih boleh berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja dalam umur dan berat badan yang sebegini.

Uwaa, bukan main gembiralah dan juga kagum dengan kaki saya sendiri pada waktu itu.

Walaubagaimanapun, kegembiraan saya itu tidak lama kerana pada tengaharinya, apabila saya ada sesi lawatan kilang dan perlu berjalan jauh, tiba-tiba kaki kiri saya sudah sakit...heh heh heh. Saya selalu risau kalau saya tidak boleh berjalan atau pengsan ke (nauzubillah) sebab saya tahu saya ni tidak ringan untuk didukung. Sooo...semoga Allah pelihara saya.

Okay lah, saya perlu lah menyambung kerja...walaupun mata agak berat.

Bubaiii

Monday, August 24, 2015

Demi Cinta

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 24 Ogos 2015. Minggu baru untuk kita semua dan untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan, esok gaji, alhamdulillah. Terasa rindu sungguh dengan gaji bulan Ogos sebab gaji bulan Julai telah diterima lebih awal sempena aidil fitri.

Semalam, sewaktu berbual-bual dengan suami, saya ada mengeluarkan kenyataan seperti ini, "Saya rasa tak larat dah nak update blog fasal lawatan "the veterans" ke KK baru-baru ni".

Suami saya terkejut dan agak "intimidated". Dengan muka "intimidated"nya itu, dia bertanya balik "kenapa pulak?" (Saya rasa dia macam cakap, "tak baiknyeeee, bila kisah pakcik/makcik kita, tak larat pulak nak update cerita").

Saya jawablah "Saya bukan tak suka, tapi penat. Saya browse gambar tu berpuluh-puluh kali untuk cari yang sesuai/perlu untuk di masukkan ke dalam blog ni. Rasa tak larat".

Suami saya pun mula lah memberi suggestions on how to ease my work. Hikkkss....saya tak apply pun.

Sebenarnya kalau tidak kerana cinta dan minat, sudah lama saya akhirkan saja blog ini seperti banyakkkk blog-blog kepunyaan penulis lain. Tapi tu lah, sebab saya memang suka bercerita, suka menulis, ingin menyimpan peristiwa yang berlaku sekarang untuk rujukan/kenangan masa depan, maka saya tetap teruskan blog ini. 

Saya tahu pembaca saya tidak ramai, tetapi galakan daripada seorang/dua pembaca setia sudah cukup untuk saya menguatkan semangat dan terus menulis.

Hmmm...kisah sampingan hari ini sebab saya sudah overdose dengan siri yang sedang saya buat sekarang...doakan saya kuat dan blog ini akan terus bernyawa! Aamiin




Saturday, August 22, 2015

Rombongan VIP Dari Ipoh : Day 4, Manukan

Assalamualaikum.

Saya sambung cerita rombongan VIP ni ye. Pada hari ke 4, iaitu hari Ahad di mana kami telah berbincang dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke Pulau Manukan. Bila mahu ke pulau, kami pun pergilah ke Jesselton Point untuk menaiki bot. Mestilah amik gambar dulu kan...

Yay...waktu ni hubby tengah pergi park kereta, maka kita orang pun pergi lah tengok-tengok tempat ini dulu

Cantik pulak gambo ni, kita letak juga lah

Lepas itu, saya dan Shuk pergi beli tiket bot dan seterusnya menunggu di tempat di bawah ni :

Orang lelaki duduk disebelah kiri, tak nampak...

Seterusnya, sessi yang paling mencabar iaitu nak naik bot. Bukan senang ye orang veteran ni nak naik bot sebab bot tu tak stabil. Saya cuba lah tolong dengan masuk dulu ke dalam bot dan sambut mereka dari dalam bot tu. 

Happy faces, alhamdulillah semuanya selamat dan tiada yang jatuh atau tergelincir. 

Kami memang telah di pesan supaya VIP ni, kena duduk di belakang bot. Sebenarnya kan, VIPs tu, semua pandai berenang kecuali Mak Ngah, depa ni waktu kecik kecik dulu, semuanya pakat-pakat hebat berenang dalam sungai, jenih jenih yang buat pelampung dengan kain batik tu. 

Yang tiga orang kat depan tu pulak, Huda memang terror sesangat berenang, was personally trained by her father. Yang ada misai tu, boleh lagi survive sebab pandai mengapungkan diri, tapi yang Ira tuuuu, kurang pasti pulak statusnya. Yang amik gambo tu pulakkkk, dah byk sesi berenang yang dia amik, tapi tak pandai pandai dan sekarang dia sudah mengambil keputusan, dia boleh berenang atas darat aja.

Happy faces, saya suka gambo ni...

Yang bestnya adalah, sewaktu dalam perjalanan ke pulau ni, Kinabalu telah menunjukkan dirinya. Puas hatilah juga rombongan ini kerana sempat juga mengenyit mata dengan Kinabalu, he he he.


sampai di Manukan...pelan pelan turun daripada bot

Kami pun lepak lah. Kita orang duduk di meja pertama yang kita orang jumpa kosong sebab kalu nak jalan jauh lagi, mereka ni tak larat

Dari sudut yang lain. Tapi kan, oleh kerana hujan yang turun tidak berhenti di minggu sebelumnya, air laut pada hari tersebut adalah tidak sejernih biasa...

Lepas lepak, kami pun balik. Kami duduk dalam sejam aja di sini

Gambo ni cantik, opah dan cucu cucunya


Ira dengan Opah


Kami...di jeti untuk naik bot balik ke Jesselton Point

Tunggu bot sambil bersembang


Sampai di jetty, kami makan di Restoran Nasi Padang, Makngah belanja. Selamat, tak payah lah saya masak hari ni.

Lepas tu, balik dan solat. Infact, Mak saya dan Acu telah terus tidur dan tak larat nak solat zuhur dulu. Mereka buat jamak takhir. Pengajarannya untuk kami adalah, kalau nak buat program, buat yang light aja sebab mereka memang kena banyak berehat.

Sebab mereka sempat berehat panjang, malamnya kami bawa mereka keluar selepas Maghrib.

Sesi turun tangga sebelum keluar malam tu. Bilik rumah saya semuanya di atas jadi mereka terpaksa naik turun tangga ni setiap hari. Ada 4-5 minit masa yang di ambil untuk mereka turun pelan-pelan. 

Kami bawa mereka ke sini...tengok tu, kusyuk

yup...tengok fountain ni menari 

Haaa...dari belakang. Angah kata, "kalau stress elok tengok benda ini" . He he he.

Selepas itu, kami ingatkan nak bawa mereka makan di Secret Recipe yang juga terletak di taman itu, tapi kedai tu ada masalah pulak. Bila kami tanya nak makan apa Acu telah cakap macam ini " Pizza, Acu nak makan pizza".

Jadi kami pun pergilah Pizza Hut di Imago

Tengok tu, Ira melayan Opahnya

Tokbomo dengan Angah

Us...Seronok tengok depa makan, gembira dan berselera sentiasa

Dannn...selepas itu, kami pun balik rumah dan tidur....End of Day 4!

Rombongan VIP Dari Ipoh : Day 3, Lepas Checked Out

Assalamualaikum


Sorry sebab cerita fasal rombongan VIP ni tersangkut ye. Sesungguhnya bukanlah senang nak update blog siri ini especially bila nak pilih gambar sebab ada dua camera termasuk gambar dari handphone juga. Tapi tak pe, saya usahakan juga.

Kami telah checked out daripada The Pines dalam jam 11.00 pagi. Saya rasa rombongan veteran kali ini memang enjoy menginap di The Pines walaupun cuaca semalam senyuk sangat. Sewaktu kami keluar meninggalkan The Pines, Angah telah cakap "Bye Pines...". 

Kami bercadang untuk ke Desa Cattle Farm, tetapi kami telah singgah beli sayur di gerai  yang terletak di tepi jalan, tidak jauh daripada the Pines.

Di sini sekali lagi rombongan vetera tengah teruja apabila melihat buah-buahan yang ada. Mereka telah membeli banyakkkk.  


Gambar-gambar ini di ambil daripada kamera Ira sebab saya sendiri sibuk pada waktu ini kerana membeli bekalan sayur untuk di bawa balik ke rumah.


Beli Acu, beli....


Selepas itu, kami bawa mereka naik sekejap ke atas bukit di mana Shuk dan Saya tinggal sebelum ini. Pemandangan daripada sini pun adalah sangat cantik.

Sebenarnya, apabila kami bagi tahu Angah yang kita orang akan pergi tengok lembu, Angah terus jawab macam ini "Buat apa kita nak tengok lembu ni? Bukan kita tengok lembu hari-hari ke?"

Haaaa....tapi Makngah jawab balik. Dia kata "Takpe angah, orang dah bawak tu, kita ikut ajalah".

Tapi kita orang pun cerita lah yang lembu ni lain sikit, bla bla bla...hiksss..

Tapi bila sampai di sini, Angah jadi excited sebab lembu ni kulitnya lain sikit, ada putih-putih tu kan. Dia pun terus berminat sebab dia pernah melawat ladang lembu di New Zealand waktu dia muda-muda dulu. Teruslah dia cerita fasal rumput la...dan macam-macam lagi
Desa Cattle Farm where we were so close to the mountain which is hidden by the thick fog

ambil gambo satu


Sewaktu berjalan, Ira suruh pandang ke belakang...


Sepatutnya di sini boleh lah pergi tengok lembu di kandang ataupun kalau datang pada masa yang betul, boleh tengok kerja-kerja memerah lembu. Tapi ye lah, mana lah depa ni larat nak buat aktiviti tu kan jadi depa telah memilih untuk duduk dan mengadap gunung yang tak nampak-nampak tu.

Tapi Tokbomo telah pergi sorang-sorang dan bila saya tanya how was it the answer was "Macam tengok lembu la". Hiks

Untuk mengisi masa, kita orang telah beli yogurt dan susu..lepak minum di luar. Sebab cuaca adalah selesa, we enjoyed the moment.


Suka gambar ni, tapi Ira tak de sebab dia tangkap gambar



Saya suka gambar ni, sweet aja dua-dua


The Anak Daras....bagus depa ni, sangat-sangat membantu saya untuk entertain the VIPs  juga kerja-kerja dapur.



Hah, kami candid gambo depa dari jauh



Ha, barulah nampak macam makcik dengan anak-anak sedara kan. Nampak macam penyayang tak saya ni? Atau lebih macam seorang makcik yang macho? Hiksss, saya ada ramaiiiiii anak sedara...belah saya lebih 30, belah hubby pun lebih 30.



Lepas tu kami berdua. Tudung tu asyik tak lawa sebab angin kuat


Habis lawatan, kita orang pun balik la ke KK tetapi sempat juga singgah di Jambatan gantung Tamparuli yang Marsha Londoh selalu cakap tu. Waktu kami sampai tu, jalan di tepi jambatan tu telah ditutup kerana dinaiki air. Air sungai memang agak deras pada masa itu




Haaa....jambatannya. Jambatan ni sebenarnya nampak agak usang dan kami agak ragu-ragu dengan keselamatan. Tapiii....kami naik juga. Ahli rombongan yang lain duduk aja di dalam kereta tapi ada juga yang telah pergi ke pasar dan beli macam macam.



Hikkkksss.....gambo kami di atas jambatan tu...muka saya tu sebab cuak sebenonya. Hubby berlagak sebab dia memang biasa naik jambatan gantung dan tidak gayat. Saya tengah mencari gambar Huda dan Ira di atas jambatan ni, tapi tak jumpa pulak. Penat tau nak browse gambo untuk di upload ke blog ni, tapi tak jumpa pulak...


Kami meneruskan perjalanan selepas itu dan kami singgah menjenguk sekejap di rumah terbalik. Walau bagaimanapun, oleh kerana ahli rombongan tidak berminat untuk melawat rumah terbalik, kami meneruskan perjalanan balik. Mula-mula kami ingatkan nak berhenti makan, tetapi keputusan telah dibuat untuk balik terus ke rumah dan masak. 

Sampai aja di rumah, saya terus keluarkan barang dari dalam fridge, solat dan terus sinsing lengan baju untuk masak.



Ahli rombongan pula memang kepenatan, mereka pakat-pakat mandi/berehat/tidur...sian depa. Saya, Huda dan Ira pulak terus masak, alah, kami masak simple aja, goreng udang, masak asparagus bersama tomato goreng belacan dan Acu buat sambal belacan yang meletop-letop selepas dia berehat.



Kami siap masak dan mula makan dalam jam 5.30 macam tu.


menunya adalah udang goreng, asparangus bersama tomato masak goreng belacan serta sambal belacan meletop yang Acu buat



Anak dara makan atas lantai sebab tak cukup tempat di meja



The veterans...


Malam nya, semua orang tidur awal sebab penat...he he he


Misi Mencari Musang King

Assalamualaikum!

Hari ni hari Sabtu, jam 10.38 pagi. Awal pagi tadi kami tidak pergi jog kerana ada orang tu tak berapa larat, tetapi pada waktu ini, kami telah pun selesai breakfast, sudah mandi dan masing-masing tengah sibuk online.

Saya ingin bercerita mengenai misi kami untuk mencari durian semalam. Semalam, lebih kurang dalam jam 9.00, kami telah bergerak ke bandar KK untuk memulakan misi kami.

Kami nampak ada beberapa tempat yang ada jual durian, tetapi kami telah mengambil keputusan untuk pergi ke satu tempat yang nampak paling meriah. Nama tempat tu Segama dan ada lebih kurang 10 gerai berderet yang menjual durian. Excitednya saya.

Haa...yang di atas itu adalah satu daripada gerainya

Kami pun cubalah cari gerai orang Islam ke, Melayu ke, ataupun Bajau ke...lalu kami pun pergi lah ke kedai pemuda ni. Walau bagaimanapun, ada masalah komunikasi sikit sebab bila dia bercakap, kami tak faham dan rasanya bila kami bercakap pun, dia tidak faham.

Kami nampak dia label kan "Mosang King" kat sat kelompok durian tu jadi kami ingatkan adalah Musang King. Tapiii, dia pergi bagi durian apa ntah...kami makan lah juga sebijik, tapi lepas tu kami mengambil keputusan untuk beli durian di gerai sebelah. Yang jual durian di gerai sebelah tu adalah lelaki-lelaki muda China yang handsome-handsome, dan kami boleh berkomukasi dengan baik.

and yup, kami dapat Musang King di sini

Yeowww...sedap...kami habiskan sebiji dan lepas tu minta lagi sebiji. Lepas tu makan manggis untuk bagi badan sejuk tetapi, selepas tu kami terpaksa berkejar balik ke rumah sebab sakit perut, ekekekeek.

Sampai rumah, kami menonton balik anugerah lawak kat Astro tu. Sesungguhnya rancangan itu adalah menyedihkan, tak lawak langsung. Kami tengok tv dan lepas tu dua-dua pun belayar tanpa disedari...have a good weekend all!