Saturday, December 28, 2013

JB Trip...26 dan 27 Disember 2013

Kami telah pergi ke JB pada 26 Disember baru-baru ini.

Pada mulanya, kami ini bercadang ingin bertolak awal, lebih kurang pada jam 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, seperti biasa, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan, yup, tayar hanya bergolek dalam jam 8.36 pagi. 

Pergi makan pagi dulu, sembang, bla bla bla, pemuda ini hanya masuk ke highway dalam jam 9.40 pagi...yup, bertolak ke JB.

Gambar hubby tengah kusyuk memandu...waktu ni saya pulak tengah kusyuk berwassup dengan anak sedara saya.

Kami berhenti di Pagoh untuk toilet break...and of course hubby took the opportunity to smoke

Akhirnya sampai di JPO dalam pukul satu. We were well equipped with maps and GPS...dua-dua pung guna. Lapar juga bila sampai tuh and hubby nak minum dulu...saya bawa bekal...buat air kopi. Kami minum air kopi dan makan roti...lapik perut.

Yup...melihat kedai yang ada...yang kami fokus kononnya adalah kedai Levis, kedai Clarks (ada dua kedai), kedai Jam (ada beberapa) dan kedai perfume. 

Malangnya, pada kami, tiada apa yang menarik...serius. Kedai kasut Clarks nya berterabur (if you are so used of having a very comfortable atmosphere when shopping, you can forget that sort of leisure at JPO). Dia punya design lebih pelbagai, tapi macam tak menarik.

Kedai jam pun macam tidak ada apa yang menarik.

Kedai perfume pun, adalah jenama Estee Lauder...tapi jenama lain memang tak banyak atau tak de langsung

Saya cari compact powder MAC pun tak jumpa

Hubby tengok kedai Levis...pun tak menarik...banyak product Indonesia lah

Tapi macam kecewa pulak, sebab nak la beli something kan.

Akhirnya kami beli some products di Body Shop. Beli shower cream dengan penjagaan muka punya product. Buat ole ole untuk diri kami.

Tiba-tiba nampak kedai Baskin Robbins...hmmmm, apa lagi...ice cream break la pulak

Hubby punya pilihan, vanilla with chocolate chip dengan Mousse Chocolate

haaa...orang kampung kan, mesti lah naik kaki ke atas, barulah real

Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Tiba-tiba nampak kedai barangan sukan...memang hubby bercadang nak beli jogging shoe baru...hubby cari Adidas, tapi sebab Adidas tak de, Nike pun okay lahhh


Termenung, tempat ni pun berselerak gak...tapi hubby suka dengan design kasut ni...kira okay lah dapat kasut kan

Lepas tu kami dapati sudah tak de mende dah yang kami nak buat...perut pun lapar, jadi kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke hotel


Gambar atas...hubby beratur untuk bayar harga tiket parking kereta, RM3 per entry...not bad at all



Kami checked in dan, dan makan...saya masak...masak nasi, ayam masak merah dan telur goreng mata kerbau...kenyang...

Lepas berehat sikit, kami keluar ke JB, pergi City Square. Kat City Square tu saya ada beli perfume dengan barang-barang perempuan lah...rasanya lebih banyak pilihan barang di sini dari JPO sendiri...saya rasalah

Kami juga jalan-jalan kat luar tuh...tapi nothing much lah.

Kat Danga Bay pulak macam ada construction...tak de dah kedai-kedai macam dulu tuh...

Gambar atas ni, seperti biasa kami akan melepak seperti orang tempatan...heee, waktu kat Tokyo pun kami buat perangai camni, orang Tokyo pelik aja...

Lepas tu, ingat nak balik ke hotel, tiba-tiba datang idea untuk buat U turn dan singgah di Dataran Jam Besar ni

Di sini ada tempat yang banyak jual Steamboat.

Saya tak tahulah apa yang dah jadi dengan saya ni, tapi saya mengharapkan keadaan yang lebih baik laa...lebih teratur, lebih bersih....agak nya dah tua-tua ni...jadi cerewet lah kan.

Yang hubby pulak, sibuk risau lapar...jadi dia order char kuay teow...seperti di bawah :


Lepas tu kami jalan-jalan di padang tu...

belakang tu adalah hotel tempat kami menginap

gambar jam di belakang

Malam tu, kami balik, mandi, tiba-tiba hubby insist nak order makanan jugak-jugak....

Order lah sandwich dengan waffle...tak habis makan, sebab dua-dua pun dah penat

Haa...gambar sandwich...dalam plastic wrap lagi nih

yang atas ni, waffle...sedap...sangat suka

Lopeh tu tidur laaa, mata dah pedih, especially sebab saya ada sessi menangis pulakkan sebab kakak saya dari Terengganu called, dan kami bercerita fasal Imran...nangis nangis la plak

Anyway, kami bangun esok pagi, mandi dan g breakfast

gambar atas adalah gambar pinggan hubby, pinggan saya, sekali ganda dari pinggan hubby, sebab saiz perut lagi besar kan, jadi malu nak letak...miahahahaha. Tapi bagi saya, sambal sotong di hotel ni memang Thorbaik...kepedasannya menepati citarasa saya.

Lepas tu kami balik bilik, lepak, kemas dan checked out. Hubby kemudiannya decided to stop by at Batu Anam, near Segamat...rumah anak sedara kami Izzat. Izzat baru dapat kerja di sebuah estet...very interesting.

Izzat dapat bungalow...yeow, bungalow beb, haha ha ...I like the house...dalam estet kan. Abang saya kata, boleh bela ayam kampung.

Tapi ada seorang anak sedara saya yang lain kata rumah ni nampak mistik...he he he he he..

Okay aja...tak de yang mistiknye pun

Izzat baru dapat gaji pertama hari tu dan belanja kami makan...alhamdulillah. Moga murah rezeki Izzat, moga berjaya dunia akhirat, insya allah.

Lepas tu, kami pun meneruskan perjalanan. Kami kena ikut jalan kampung sejauh lebih kurang 55 km sebelum masuk semula ke highway ikut tol Alor Gajah. 

Masuk aja highway, saya minta kebenaran untuk tidur sebab mengantuk. Kami sampai rumah dalam jam 10.00 malam, sempat la tengok Maharaja Lawak...hu hu. Jangka masa dari rumah Izzat ke rumah kami adalah dalam 3 jam.

Kesimpulan : Kalau nak pergi JPO, buat daily trip aja pun boleh. Kalau nak beli barang pun, rasanya macam tak de mende....tapi kena la juga pergi sekali kan.

Itu aja...pagi tadi saya pergi pasang crown gigi...sakit lah kali ini..ngilu. Lepas tu terus makan pain killer dan tidur...
________________________________________________________________________

And of course last but never is least...my prayer for Imran.

Ya Allah, kembalikanlah penglihatan  Imran Ya Allah. Aaamiin.

4 comments:

  1. satu hari nanti mesti nak ke JPO jugak.. insyaallah.. aminnnn kak bib.. semoga Imran dapat melihat semula aminn..

    ReplyDelete
  2. Uncle shuk model tetap blog ni..hihi

    ReplyDelete