Saya sudah miss saya punya ER dalam sebulan lebih. Banyaklah alasannya, sedih, tak larat, tak larat, tak larat.
Tapi saya perasan, saya memang jadi kurang sikit sihat tanpa ER nih.
Menurut Light and Easy radio, kalau you skip your exercise for 3 weeks, memang akan ada kesan negatif...oleh itu, saya rasa, saya patut gunakan saya punya trade mill tu balik...hubby pun sudah sound semalam...
Lagi satu, saya sekarang ini agak terlibat dengan group ex-Mrsm saya. Sebenarnya saya ni tak la rajin sangat, tapi saya rasa ada banyak juga kebaikannya untuk saya join group ini. Antara yang paling saya ingat adalah, bila saya minta tolong mereka doakan Imran...semua memang tolong, alhamdulillah.
Kami akan adakan satu re-union, insya allah, after 25 long years...he he he
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya dengan hubby pulak rasa nak pergi somewhere lah, nak bercuti. Tapi pening pulak bila fikir nak pergi ke mana, hotel pun macam semuanya penuh...so, sekarang ni, masih dok fikir lagi lah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam juga, dapat berita sedih, yup, harga tol mungkin naik. Harga tol di NPE mungkin naik dari RM1.60 ke Rm2.00 (ada dua stesen bayar tol ye) dan di Federal Highway pula akan naik daripada RM1.10 ke 1.40.
Kalau sekarang, setiap hari saya kena bayar tol sebanyak RM5.40, tahun depan, kalau betul kadar tol naik, saya kena bayar RM6.80, kenaikan sebanyak RM1.40.
Kenaikan untuk sebulan (atau 20 hari bekerja) adalah sebanyak RM28.00 daripada RM108.00 ke RM136.00. Kalau untuk setahun, kenaikannya adalah sebanyak RM336.00.
Campur dengan balik kampung semua, saya akan at least menggunakan sebanyak RM200.00 untuk membayar tol sahaja.
Option lain : naik train.....
Tapi tak kut...sebab saya orang kaya, hari-hari hari raya.
Tapi saya harap dan berdoa, semoga kerajaan yang telah dipilih adalah ikhlas, dan membuat setiap keputusan dengan meletakkan rakyat, lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah sebagai prioriti..insya allah, aamiin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmmm...itu ajalah dulu. Boss tak de pula hari ni...dia pergi Sarawak..
and last...Semoga engkau makbulkan doa kami Ya Allah, semoga Imran akan melihat semula. Aamiin
No comments:
Post a Comment