Saya pergi dentist hari ini. Nak buat "crown" buat kali ke 2.
Gigi saya ni banyak tampalan yang bersaiz XXL. Oleh kerana itu, saya tiada pilihan, saya kena buat crown bagi memastikan gigi saya boleh kekal...
Saya cuti hari ini dan esok. Cuti saya banyak lagi, tapi nak ambil cuti tu tak lah senang...boss tak bagi sangat pun.
Tapi saya plan nak ambil cuti lah awal tahun depan...nak g Sabah kut...insya allah.
Saya tidak contact pun anak sedara saya Pijah for updates on Imran. Kami masih lagi mengharapkan perkembangan positif. Mungkin kami mengharapkan perkembangan yang terlampau cepat...mungkin kami kurang sabar...tapi expectation yang terlampau boleh membuat saya stress, ataupun saya memang sudah stress...
Tapi Pijah mesti lebih stress...
Kami kena slow down...lebih redha...tolong ya allah...kurniakan sifat redha dan sabar kepada aku...
Sepatutnya tidak perlu risau sangat kan? Hidup ini bukannya lama sangat, yakin ajalah yang sekiranya Allah bagi dugaan, pasti ada cara untuk menghadapinya...Allah akan memelihara kita...Yakin lah wahai cikbib..have faith.
Tapi Allah juga tidak mahu kita berputus asa...jadik, kena lah balance...kena redha, kena sabar and at the same time, don't give up...stay positive.....
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk itu, saya teruskan berdoa :
Ya Allah, aku redha atas dugaan yang diturunkan Ya Allah...kurniakanlah kesabaran untuk ku. Tunjukkan hikmahnya supaya aku faham Ya Allah, dan boleh menerima. Kurniakanlah yang terbaik untuk Imran, untuk kami....tunjukkan jalan yang perlu kami ambil untuk menyembuhkan mata Imran Ya Allah...aku tidak berputus asa Ya Allah, kerana engkau mahu kami berdoa, memohon daripada mu. Maka Ya Allah, perkenankanlah doa kami, sembuhkanlah mata Imran, kembalikanlah penglihatan Imran ya Allah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment