Friday, December 13, 2013

13.12.13...mengenai etika dan nasihat

Hari ini saya bangun jam 6.30....dah dap dip dup jantung sebab sepatutnya saya ada meeting jam 8.15 pagi.
 
Decided to perform my subuh prayer first and while I was taking my ablution, I heard a message came in on my handphone..heh, from my boss, informing me that the meeting will only start at 9.00 pm...legaaa
 
I managed to go out from the house at 7.25 am...hari-hari cuti sekolah ni, boleh la keluar lambat sikit.
 
Tiba-tiba, waktu di Federal Highway, saya nak cari handphone, tengok-tengok, handbag sudah tertinggal.....haiyaaa, mana boleh maaa, kena balik ambil....terpaksalah buat U turn.
 
Sampai di rumah, hubby dah tunggu dengan handbag saya tuh...dia kata dia nak call, tapi handphone semuanya ada dalam handbag...huk aloh.
 
Tiba-tiba juga, bila saya nak masuk ke dalam kereta balik, tengok-tengok kereta saya telah terkunci dari dalam (lock kereta memang ada masalah sikit lah sekarang ni)....panic lagi.
 
Tapi tak pe lah, sebab saya tetap sempat clocked in at 8.28am...alhamdulillah
 
=======================================================================
 
Semalam, kami telah pergi makan malam di luar.
 
Sewaktu kami sudah mula makan, tiba-tiba seorang kawan lama hubby (kita bagi nama dia A ye) telah datang dan duduk di meja kami.
 
A memang sudah lama tak jumpa saya, dan dia rasa saya sudah put on weight.
 
Masalahnya, dia telah cakap "kakak sekarang dah gemuk sikit ye?", lepas tu dia cakap "dulu kakak kurus sikit kan?" lepas tu cakap lagi "kenapa kakak gemuk sekarang?"
 
Huk Aloh...dia ni mesti tidak pernah masuk kelas etika bersosial kut. Yup, jangan sentuh perkara sensitif macam itu lebih-lebih lagi dengan orang yang kita tidak berapa rapat.
 
Nasib baik la saya ni matang sikit kan (konon!). Saya try la tepis tepis macam itu macam ini...dan buat tak tahu aja...
 
Tapi lepas tu saya tanya hubby balik "saya gemuk sangat ke sekarang kalau compare dengan dulu? bukan dulu pun saya memang gemuk ke?"
 
Hubby mengelak...mesti betul lah tu, saya memang sangat gemuk kalau compare dengan dulu lah tu...
 
=====================================================================
 
Semalam, waktu lunch, ada seorang kawan datang melawat saya. Dia nak minta nasihat... uwaaaa... hebat saya kan?
 
Bukan nasihat apa pun, tapi dia cuma cerita kat saya yang dia bercadang untuk membeli rumah yang bersebelahan dengan rumahnya supaya dapatlah "disatukan" dan jadi besar...dan untuk itu, dia bercadang untuk mengambil pinjaman.
 
Dan masalahnya? Dia kata dia takut dia tidak tertanggung untuk membayar hutang di kemudian hari sebab sekarang pun dia masih berhutang sebuah rumah dan dua buah kereta.
 
Saya memang faham masalah kawan saya ni, sebab saya pun pernah mengalami masalah yang sama.
 
Untuk membantu kawan saya ni, saya pun telah memecahkan rahsia kewangan dan keberhutangan saya. Saya cerita ajalah macam mana dengan gaji saya, saya perlu membayar ansuran 2 biji rumah dan 2 biji kereta.
 
Tak senang, tapi kalau kita mengekalkan berbelanja mengikut kemampuan, insya allah, kita akan survive!
 
Sebagai balasan atas nasihat saya, saya minta kawan saya ni tolong doakan semoga Imran boleh melihat semula...Ya Allah, berkatilah segala usaha kami, sembuhkanlah mata Imran dan kembalikanlah penglihatan Imran. Aamin.
 
=======================================================================
 
Baru sebentar tadi, boss pula datang jumpa saya...minta pendapat la plak. Ada kawan boss saya ni, isterinya telah kena stroke. Menurut boss saya, kawannya telah menelefon boss saya beberapa kali.
 
Boss saya ni kasihan dengan kawan dia dan berhajat untuk melawat pada petang ini. Malangnya, petang ini ada meeting...soooo...itu lah cabarannya bila berjawatan tinggi...selalu kena memilih antara keluarga dan kerjaya...
 
Semoga Allah memudahkan saya dalam urusan seperti ini kerana bagi saya keluarga adalah amat penting.
 
=======================================================================
 
Have a nice weekend everyonee!


No comments:

Post a Comment