Hari ini saya mula bekerja semula setelah bercuti semalam.
Hari ini saya telah diarahkan untuk menghadiri satu Task Force Meeting.
======================================================================
Ada banyak yang dibincangkan tapi saya nak kongsi mengenai 3 perkara ini ;
i) "We are experiencing a lot of applications from candidates who lack the communication skills. Who do not possess the ability to sell themselves in an interview"
ii) Soft Skills : Important to the industry. The IEB survey confirms that most employers view social skills and personality type as more important than their degree qualifications. Soft Skills including communication skills and team work are the most important cababilities sought among new graduates, with over 85% of employers reagarding these as important.
iii) The speaker has also mentioned that he has interviewed many Malaysian Graduates and many of them have scored good grades but were unable to write and speak well.
Hokeh..nak cerita tentang apa yang saya buat semalam. Semalam, saya telah pergi gunting rambut dan inai rambut juga. Bila mereka basuh rambut saya dan buat sedikit massage, tukang basuh rambut tu tegur yang belakang saya terasa tegang/stress. Memang saya stress pun kan....
Tapi saya pun decide untuk buat massage sewaktu menunggu inai boleh dibasuh.. hmmmm.... boleh laa, elok la sikit daripada yang dulu siap pusing pusing kepala saya tu kan.
Saya sempat juga tengok-tengok baju kat Kompleks PKNS tu, tapi sebab saya nak buat crown gigi, dah gunting/inai rambut juga...langsung la saya insaf...langsung tak belilah baju pun.
Saya rasa saya akan agak kerap juga ke kedai gunting rambut selepas ini sebab hubby tak bagi saya gunting rambut pendek sangat...saya pulak memang tidak larat berambut panjang...
Tapi hubby kata sebulan sekali le salon tu kira okay lah cikbib...ye la tuuuuu....mahaiiiiii tau
========================================================================
Imran sudah keluar dari hospital dan kami masih berdoa semoga mata Imran boleh melihat kembali.
Ya allah, engkau tunjukkanlah jalannya untuk kami mengubati mata Imran supaya dia dapat melihat kembali. Bantu lah kami Ya Allah, sesungguhnya kami amat lemah dan memerlukan bantuan mu...sembuhkanlah mata Imran, kembalikanlah penglihatannya Ya Allah. Aaamiin
No comments:
Post a Comment