Wednesday, December 18, 2013

Semalam, 17 Disember 2013

Semalam, sewaktu tengahari, saya telah mendapat berita kematian kakak kepada kawan lama saya di dalam facebook, sedih. Dia meninggal sebab darahnya telah dijangkiti kuman.

Malamnya pulak, Malatop telah mengistiharkan kematian Azean Irdawaty. Kalau tidak silapnya, Azean telah meninggal pada jam 8.26 malam.

Al-fatihah untuk kakak kawan saya, Nor Hanida dan Azean Irdawaty. Semoga roh mereka dicucuri rahmat...insyaa allah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sekarang ni, ofis agak sepi. Ramai betul yang ambil cuti. Boss pun tak de lagi. Jiran pun tak de lagi...and somehow, mood kerja pun hilang lagi.
 
Ada dua orang kawan saya akan pergi mengerjakan umrah dalam jangka masa terdekat ini. Cik Z dan kawan lama saya di MRSM. Dua-dua pun saya pesan untuk doakan Imran...Insyaa Allah, doa kita akan dimaqbulkan pada masa yang tidak terduga.
 
Saya minta maaf sekiranya saya membosankan kerana asyik berdoa di sini. Macam yang sudah saya sebutkan sebelum ini, sesungguhnya yang saya mampu buat hanyalah berdoa untuk Imran kerana yang lain-lain itu, saya kurang arif...saya juga memohon readers semua tolong sekurang-kurangnya mengaminkan, insyaa allah, pasti ada yang akan makbul.
 
Setiap perkara itu berlaku pasti ada hikmahnya bukan? Saya pun perasan yang ada banyak perubahan positif yang berlaku kepada saya yang saya segan nak tulis di sini, sebab mungkin saya rasa positif sangat tapi bagi orang lain biasa-biasa aja....maklumlah, iman kulit bawang kan...hiks. Apapun saya bersyukur sebab perubahan itu positif, kalau negatif macam mana?
 
Ada saya dengar cerita yang seorang perempuan ni, siap pergi keluar clubbing bila tahu hubby dia nak kahwin dengan pembantu rumah dia...haaaaa....macam mana tu? Semoga tuhan jauhkan kita daripada perkara-perkara macam itu. Semoga bila ada masalah, saya akan kembali kepada tuhan..insyaa allah.
 
Saya cuba juga mempositifkan diri...cuba nyanyi balik lagi Maher Zain...yup, pasti ada jalannya untuk setiap masalah...kita kena yakin yang Allah akan tolong kita dengan cara yang terbaik dan kita hanya perlu bersabar.
 
Pernah sekali tu, saya rasa down sangat, macam give up dan malas berdoa. Tapi saya paksa diri, pergi mandi lama sikit dan buat solat sunat dhuha. Sesudah habis solat, sewaktu berdoa, tiba-tiba saya rasa macammm...hey, things will be okay, just give it some time...tiba-tiba hati tenang...
 
Apa yang lebih penting daripada hati yang tenang kan? Setengah orang tu, kaya, lawa, bijak...tapi tetap resah gelisah...oleh kerana itu, saya patut bersyukur.
 
Heee...jadi spiritual pulak saya ni...agama Islam ni dia tidak tunjukkan "magic" tu secara terang-terangan....ianya selalunya dalam bentuk yang lebih "mild"...susah untuk diterangkan.
 
Satu lagi perubahan adalah, saya kembali mendengar Lite & Easy radio. Buat masa sekarang, saya rasa serabut dengar Sinar dan Hot FM...hiks...yang ini tak tahu lah saya nak kategorikan dalam perubahan positif atau negatif. Tapi bila memandu, saya suka menyandar tahap gaban dan dengar Lite and Easy....tapi tidak lah sepanjang jalan...telinga cepat lenguh..
 
Lagi satu, saya suka dengar mainan Richard Clayderman balik....ini mesti sebab Ainaa Husna nih...dia telah forward video mainan piano dia kat saya.
 
Hubby kata saya ratu air mata. Saya ini tengok Azwan Ali menangis dalam Masterchef pun saya boleh menangis sama...it's contingent...that's all.
 
Tapi hubby juga kata saya kuat...walaupun kadang-kadang saya rasa saya macam nak pecah di dalam...he he he..
 
Heyyy...this is a very personal post lah....saya menulis untuk meluahkan perasaan saya agaknya, I am not worry though because I know I will get through this, just give me some time.
 
Saya juga tahu Allah itu adil...dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tunjukkanlah kami jalan yang benar Ya Allah.
 
________________________________________________________________________________
 
Dan Allah juga tidak mahu kita berputus asa dan tidak Allah turunkan sebarang penyakit itu tanpa ada penawarnya. Tunjukkanlah kepada kami yang lemah ini penawarnya kepada kecederaan di mata Imran Ya Allah, supaya mata Imran boleh diubati dan dapat melihat seperti sediakala. Aamiin.
 














No comments:

Post a Comment