Saya baru sahkan sijil sijil anak sedara saya. Inilah kali pertama saya sahkan sijil anak sedara belah saya...kalau belah suami, ada 4-5 orang saya dah buat.
Saya nak jual diri di sini iaitu, kalau buat dengan saya, saya ada bagi satu service tambahan, iaitu untuk setiap cop dan tandangan, saya bacakan doa semoga anak sedara saya ni akan diberikan kerja yang terbaik untuk dia...haaa...tapi kena counter balik doa tu, yup, kena doakan supaya doa saya tu makbul...heee...maklumlah, doa orang yang imannya senipis kulit bawang ni....
Teringat balik saya waktu saya remaja dulu, lepas SPM. Sesungguhnya, sewaktu itu, untuk membuat keputusan mengenai masa depan adalah amat susah rasanya...iyelah, takut nanti menyesal sepanjang hayat kan.
Mula-mula, saya memang yakin dengan apa yang saya mahu, yup, saya mahu jadi Doktor Ismadi...ha ha ha. Tapi, masalahnya, saya tidak belajar seperti mahu menjadi doktor. Saya belajar seperti saya tidak mahu menjadi doktor....oleh kerana gagal menjadi doktor, saya tiba-tiba keliru dengan apa yang patut saya buat, bidang apa yang patut saya ambil.
Tapi keputusan perlu dibuat pada waktu itu, yes, life has to go on. Takut tunggu punya tunggu, haaa, umur 50 baru confident dengan apa yang kita nak buat...haaa...sape pulak nak menanggung makan minum kita kan...
So, within the limited information, saya telah membuat keputusan. Saya telah ambil Statistics. Sebabnya adalah, saya ni tak suka kerja dengan orang, saya suka kerja dengan machine atau buat kira-kira....macam itu lah.
Saya buat Diploma dan sambung buat degree. Lepas saya graduate, saya ambil cuti dua minggu dan terus bekerja, walaupun secara sambilan.
Waktu itu, saya ni, kasut lawa pun tak de, baju lawa pun tak de...ingat lagi emak saya telah bagi saya kad ATM dia untuk saya guna. Tapi ye lah, dengan sifat integriti yang ada (hih hih hih), saya pegang ATM tu on the first month aja, infact saya tak sentuh pun duit emak saya tu...lepas tu, saya survive sendiri.
Tapi tak de baju lawa ke, tak de kasut lawa ke, was never a problem for me sebab saya memang simple dan tidak tahu bergaya. Berapa duit yang ada, itulah yang saya belanjakan...tapi, saya tidak pernah miss bagi duit dekat mak saya, alhamdulillah.
Dengan duit kerja sambilan tu, saya ada beli camera...itu ajalah pun yang saya ingat.
Saya meneruskan kerja sambilan saya tu di samping mencari kerja tetap. Saya mendapat kerja tetap setelah hampir 2 tahun bekerja sambilan...alhamdulillah.
Dan sekarang, saya telah hampir 20 tahun bekerja di sini. Dan, sesungguhnya, apa yang saya rancang dahulu sesungguhnya sudah berubah. Saya juga berubah, macam lagu Tegar tu.
Yup, saya sekarang sudah malas nak buat Mathematics. Saya juga dapati saya lebih suka berbincang untuk mendapatkan maklumat, daripada membaca...saya sudah tidak boleh fokus. Saya dapati dengan bergaul dengan lebih ramai orang, lebih banyak ilmu yang kita boleh dapat, dengan cara yang lebih mudah...
And you know what, that is what beautiful about life. Kalau segala-galanya adalah seperti yang kita rancangkan, tak best la kan?
So, untuk yang asyik merancang, it's about time to start your engine and go sailing. Orang yang tidak pernah berbuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa di dunia ini...do something
Dan...untuk Imran : Semoga pembedahan Imran akan berjaya, semoga mata Imran akan sembuh, semoga Imran boleh melihat seperti sediakala dalam masa terdekat ini. Aamiin.
No comments:
Post a Comment