Adakalanya saya ingin menulis tentang perkara-perkara yang macam menarik. Sebagai contoh, cerita artis ke, cerita fasal kawan ofis ke...yeah, yang macam gossip-gossip ke. Tapi tak tau lah kenapa, selalu tak menjadi, as if it is so not me to write that kind of thing...
Sebagai contoh, sudah banyak kali saya cuba mahu menulis mengenai Lana Nordin dan Johan Ashaari...adalah dua-tiga kali, tapi tetap tak berjaya.
Saya juga ada nak bercerita mengenai teman seofis, tapi tak berjaya...
Walhal, saya ni, kalau berjumpa dengan kakak-kakak saya, boleh tahan juga bergossip nye. Saya anggap sahajala yang tuhan memelihara saya dari terus memperkatakan hal orang lain kut.
Yup...saya cuba untuk tidak "judgemental"...yup, as if Lana has got any right at all to be "bahagia". Ye lah, entah-entah hati dia lagi suci murni dari kita kan, who knows.
Lagi satu tentang Che Ta...yang ini, sesungguhnya hubby dan saya mendoakan mereka bahagia dalam perkahwinan yang bakal didirikan, betul. Saya anggap sahaja yang Che Ta ni lain dari saya, sebab lain orang, lain perkara yang mereka mahu di dalam hidup.
Ye lah, kalau saya, saya akan cuba untuk tidak menyediakan cerita untuk orang bercakap mengenai saya, kalau ada perkara yang boleh di sorok, sorok kan sahaja...heee...sebab tu lah saya tidak menjadi artis kut.
Tapi saya banyak aja menceritakan tentang diri saya di sini kan? Tapi saya juga tahu yang rata-rata pembaca blog ini adalah mereka yang sebenarnya sudah mengenali diri saya..soo...tidak ada masalah kut.
Ooo, yang latest adalah berita Salima (bekas pelajar AF) telah berkahwin. Kalau tidak silapnya dia adalah isteri kedua. Tapi saya tengok gambar suaminya memanglah handsome.
And somehow Ashraf Muslim macam sudah dapat momentum untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang beristeri dua. Bagi saya ianya adalah cabaran yang bukan senang. Tanggung jawab ini, sekiranya tidak dijalankan dengan betul, akan mendapat murka Allah, moga Ashraf dapat menjalankannya dengan baik.
Haaaa....mood untuk menulis hari ini...ofis agak sunyi sebenarnya sebab ramai yang tiada. Sejuk pulak tu. Tadi, saya sudah beria-ia nak pergi lunch, tiba-tiba pada pukul 12.15, boss panggil, ajak brainstorm...geramnyaaaaa. Pukul 1.00, saya insist nak pergi lunch. Tapi sebab dah lewat, saya pilih untuk tidur aja dan minum oat. Sedih....merajuk dengan boss (as if dia tahu yang den merajuk!)
No comments:
Post a Comment