Tuesday, December 17, 2013

17 Disember 2013

Hari ini, boss tak de lagi.

Saya sampai aja tadi, tengok-tengok ada orang park kereta di tempat letak kereta saya...stress kan kalau benda macam ini berlaku...rasa nak melompat...

Sewaktu saya tinggal di Apartment Baiduri dahulu, cerita orang meletak kereta di tempat letak kereta milik saya adalah perkara biasa. Perkara ini akan jadi besar sekiranya kita dalam keadaan terdesak, seperti sakit perut ke, atau nak buka puasa ke...stresss...itupun nasib baik suami saya jenis yang cool. Kami pernah juga block kereta orang...sebab if not, mesti mereka tidak akan insaf.

Harapnya hari ini rajin sikit lah nak buat kerja dari semalam...semalam mood hilang langsung.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam saya baru mendengar berita yang seorang rakan sepejabat baharu saja keluar dari hospital dan dia telah disahkan menghidapi cancer usus.

Semoga kawan saya ini kuat. Saya doakan semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa, insya allah. Aamiin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam juga saya sepatutnya bermesyuarat mengenai re-union yang akan dibuat via wassup. Masalahnya, saya tiba-tiba lelap...tengah-tengah meeting tuh...he he.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam juga saya telah terkejut dengan keberanian diri saya nih...yeah...saya telah melawan seorang yang garang dengan beraninya...

Selepas berjaya, saya berasa sangat geli hati...saya harap saya tak jadi garang macam itu..sebab it's really bad for my heart and orang akan benci kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay...itu ajalah dulu...owh, tolong doa untuk Imran ye.

Semoga akan ada berita yang lebih baik semasa Imran di jumpa doktor pada 27 Disember ini. Moga mata Imran akan sembuh dan dapat melihat semula dalam jangkamasa terdekat ini. Amin, amin, amin, Ya rabbal aa-laamin.





No comments:

Post a Comment