Tuesday, December 24, 2013

Teman Hidup

Semalam waktu nak tidur, hubby dan saya bersembang-sembang.
 
Saya tanya hubby : "kalau saya meninggal dulu, Shuk kahwin lagi tak?"...heee...mesti ramai isteri yang tanya soalan macam ni.
 
Hubby diam...tapi saya cakap juga, saya kata : "saya nak Shuk kahwin...sebab kalau tak, mesti sunyi tak de kawan".
 
Heee....dalam hati?..ehhh...betul, saya doakan semoga kami berdua panjang umur dan sihat supaya dapat menghabiskan hidup kami bersama, tapi, sekiranya ditakdirkan saya pergi dahulu dan umur kami pun waktu itu masih tidak berapa tua lagi...secara rasionalnya, saya rasa hubby perlu kahwin.
 
Lepas tu saya tanya lagi "kalau Shuk pergi dulu, Shuk bagi ke tak saya kahwin lagi?"
 
Gila punya soalan, tapi saya tanya sebab kalau kita masuk ke syurga (insyaa allah), kita akan pergi bersama suami yang terakhir ye? (untuk orang perempuanlah).
 
Tak kan nak kahwin lagi kut kalau macam tu...untuk saya lah!
 
Tapi hubby jawab macam ni "Sukati cikbib lah, nak kahwin lagi ke tak. Saya serahkan pada Cikbib".
 
Kalau anda, apa yang anda rasa bila hubby jawab macam tu? Rasa macam dia tak sayang kita pun ada jugakkan?....ishhh
 
Tapi saya sambunglah macam ni "Kalau Shuk tak de, saya nak minta nasihat kat siapa ye bila ada masaalah?"...
 
Walhal, saya hidup bujang 36 tahun dulu, survive aja kan?
 
Tapi saya tak nafikan, saya ni, sukalah minta nasihat kat hubby. Hampir semua benda kut, fasal kerja, fasal sama ada saya nak lunch atau tidak, nak pergi meeting atau nak hantar orang lain ke meeting tu, minta doa bila ada masalah ke...
 
Tapi hubby tu kadang-kadang jadi punching bag pun ada juga...bila tiada orang lain saya nak disalahkan. Saya ni memang kejam. Tapi dia baik, dia sobarrrrr....
 
Tapi bila dengar ada kawan yang meninggal, sakit tak leh bangun...macam-macam...adalah wujud sedikit kerisauan. Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik, insya allah. Risau-risau pun no point jugak. Kita usaha, kita doa dan kita redha..
 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Untuk Imran, Semoga akan dikembalikan penglihatannya ya Allah. Aamiin.



No comments:

Post a Comment