Thursday, May 17, 2012

Bersedekahlah

Baru baru ni, kakak saya ada bercerita yang seorang anaknya yang sudah kahwin, setiap kali balik akan memberikannya sedikit wang...yup, dia, juga suami.

Perasaan? Mestilah terharu kan. Sesungguhnya pendapatan kakak saya dan suaminya lebih besar daripada yang didapati oleh anaknya, ye lah, orang muda, baru mahu membina kehidupan. Tetapi saya tetap terharu/bersyukur/bangga mendengar cerita tentang anak saudara saya tu..dan saya juga percaya kepada keberkatan harta, walau pun jumlahnya tidak banyak.

Saya pernah menerima satu email yang menceritakan kehidupan seorang hamba tuhan ini. Yeah, dia tidak kaya, juga tidak miskin. Gajinya saban tahun bertambah, walaubagaimanapun, dia dapati kehidupannya semakin sempit.

Dia telah bercerita kepada seseorang tentang keadaan tersebut dan telah dinasihatkan supaya bersedekah, walaupun dengan jumlah yang sedikit. Hamba tuhan ini pun mula membuat allocation setiap bulan untuk disedekahkan dan hasilnya, dia tidaklah pula menjadi kaya, tetapi kehidupannya menjadi lapang...kadang kadang kaya pun, tapi rasa sempit dan tertekan tau..

Hmmm, saya percaya dengan the more you give, the more you gain. Di dalam kes kakak saya, dia kata dia mendoakan kebaikan untuk anak dia...doa ibu, insya allah makbul kan.

Okay lah, saya nak stop sebab jealous tengok hubby berdekah dekah tengok cerita Thai di Astro Citra, mesti kelakar...okay...lain kali saya sambung...sorryyyyy


No comments:

Post a Comment