This is the first day of work after my Sabah trip. Malasnya nak bangun pagi...hari hujan pulak tu...haaaa, kombinasi yang baik, hujan+Isnin =traffic jam yang teruklah. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, terowong smart telah dibuka semula dalam jam 7.00 pagi, saya dapat tahu daripada radio, so, dapatlah juga sampai dalam jam 8.45...he he, syukurrrr, not so bad lah tu, kalau smart tunnel tu tutup lagi, mahu sampai office dalam pukul 9.30 tu
Sampai office, tengok file sudah melambak lambak di atas meja...maksudnya, officer saya rajin buat kerja...haaaaa....
Malangnya, saya rasa letih dan mengantuklah. Rasa nak lena aja. Oleh kerana gagal untuk produktif, I decided to pay Meen a visit...heeeee, dapat lah kismis, fig dan sejadah...tq cik min.
Saya ada meeting di M pada jam 2.30 petang. Boss suruh book kereta...tapi sebab last minute kan...memang lah tak dapat. Tiba tiba boss kata dia kena pergi cepat sebab ada discussion dengan co. pukul 1.30...saya pun kata 'fine'.
Tiba tiba, pukul 12.20 boss kata jom pergi lunch di M..adoiiiii...tapi tetaplah kata, okay boss.
Saya pun bawalah pesona saya, boss saya ke M...kami pun pergi lah makan tengahari. Boss order nasi goreng pataya dan air longan, saya order yee mee dan nescafe O. Sesungguhnya, saya amat mengantuk...help help.
Boss pulak, waktu makan, sibuk cerita fasal maid dia. Dia kata maid dia Islam (indon la), tapi makan khinzir...siap makan lemak khinzir lagi....eiiiiiiii....langsung stop makan lepas dengar cerita tu, rasa nak muntah saya...betul la boss saya ni, tak sensitip langsung.
Ntah lah, ada macam macam manusia di dunia ni kan. Mungkin maid boss saya ni Islam atas nama aja, tapi tak praktiskan ajaran sebenar kan? hmmm...bersyukurlah mak dan ayah kita mendidik kita dengan ilmu agama kan, supaya kita ada pegangan hidup...kalau tak, orang agama lain pun tengok kita macam pelik...isk. Macam boss saya tu, dia pulak tanya maid dia, kenapa awak makan benda tu, mana boleh?...haaaa
Discussion pukul 1.30 on. Buat di lobby Bangunan M aja. Dalam pukul 2.00 saya lari g solat. 2.30 meeting, saya memulakan kerja mengantuk tak hingat saya, pusing pusing kepala...adoiiiiiiiiiii. Saya keluar, sapu air kat mata, tak jalan. Minum air, tak jalan...mengantuk sampai habis meeting.
Tapi waktu meeting tu sempat gak sms hubby minta belikan garam, tomato, cili api, timun dan halia....haaaaaa....saya nak masak sweet sour. Ikan goreng semalam ada lagi, so, saya buat ajalah sweet sour sauce nya....haaa
Walau bagaimanapun, saya hanya sampai balik di office dalam pukul 6.00. Solat asar dulu, and ingatkan nak balik rumah dah, tiba tiba perut rasa sakit...so...bertenang...nanti sakit perut tengah jalan lagi parah. Tangguh punya tangguh, balik lepas Maghrib jugak.
Wbgpun, oleh kerana semangat yang membara, saya tetap masak hari ni. Masak sweet sour ikan bawal semalam dan telur dadar...sedap aja...he he.
Setelah makan, saya menonton Smash dan Suits di channel 702...siapa follow siri ni? Saya memang tengah seronok tengok, heee, hubby pun sama. In between, saya mandi, solat and now update blog. Saya ada bawa fail balik...tapi mood belum datang lagi.
How's my day? Macam tu lah....tidak ada masa untuk berfikir. Esok adalah hari marathon meeting lagi, I better save my energy for tomorrow. Okay guys..chow chin chow
No comments:
Post a Comment