Saya bercuti hari ni dengan semangat untuk mengemas rumah dan berehat. Sebenarnya saya ni bukanlah rajin pun mengemas, tapi bila tengok rumah berselerak, hati ni boleh stress, so, better allocate some time to clean the house.
Malangnya, semalam, secebis dari gigi saya telah terpecah. Saya pun dah merancang rancang untuk pergi jumpa dentist hari ni...heeee
Tiba tiba, malam tadi juga, mata hubby telah tercucuk daun pokok kelapa kecil tu semasa hendak menyiram pokok tu. Hmmm, hubby sakit sampai bad mood.
Oleh kerana perkara-perkara yang berbangkit, kami pun pergi hospital pagi tadi untuk uruskan hubby punya mata dulu (the most urgent). Rupanya daun tu tercucuk di mata hitam dan kulit mata di situ macam tersiat.
Kecederaannya tidaklah serius, walau bagaimanapun, bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan kuman dan kemungkinan bernanah, Doktor telah letak ubat dan balut. Menurut doktor, bahagian itu perlu diberi masa sekurang kurangnya 24 jam untuk kulitnya tumbuh semula.
Doktor bagi suami saya MC 3 hari. Sebab matanya berbalut sebelah, suami saya hilang sedikit sense of balancing dan tidak boleh membuat beberapa perkara seperti memandu. Tak pelah, sekejap sahaja.
Hmmm, saya rasa kami ditimpa beberapa masalah sedikit lately..mungkin untuk menebus dosa? atau ada rezeki lebih baik menunggu di masa hadapan?...he he he..tapi bagi saya health is wealth, semoga kami berdua dikurniakan kesihatan yang baik, sekarang, juga pada masa hadapan, insya allah
oh ye, akhir sekali, tengoklah gambar syukri kat bawah...sian dia, sabar ye encik shuk.
hehehe sorry tapi lawak la pulak siram pokok sampai tercucuk hehehehehehehehe...sorry sorry
ReplyDeleteamboiiiiii, haaa, dia siram pokok tu malam, kan gelap, dia main tunduk tunduk nak ambil getah siram pokok tu yang di letak dekat pasu tu..haaa, waktu tu la terjadinya tragedi pokok kelapa tu. he he, tapi sakit tu sebab kena mata yang sensitip kan, menggelisah aja keliling rumah, saya yang stress tengok dia.
ReplyDelete