Tuesday, May 8, 2012

Hari Ini : 8 May 2012

And how was my day?...haaaaa, busy lah teramatnya. Meeting dari pukul 8.45 sampai petang, jam 4.00. Lepas tu, otak sudah jam, nasib baik Sham masuk bilik, sempat lah update macam macam sebab lama gila tak jumpa dia kan walaupun duduk sebelah bilik aja.

Saya sebenarnya ingat nak balik awal hari ni, tapi tiba tiba, boss pulak join saya dan Sham sembang...aduhhhh...tapi tak pe, minta cik Z call...tu interrupt kan...tapi tak jalan gak...hikssss..tapi tak pelah, dalam pukul 5.45, boss minta diri balik..sooo, saya pun g solat asar dan balik juga after that.

Sampai rumah, mesyuarat sat dengan hubby untuk decide on what's for dinner..


Sekarang ni sudah pukul 9.10 malam. Saya sudah dinner dengan hubby, nak tahu menu? hih, malu nak cakap sebenarnya, tapi kami makan lauk semalam aja, ikan sweet sour yang masih ada baki...lepas tu, saya goreng ikan bilis, sama sedikit bawang/bawang putih/halia dan cabai burung, huh, I tell you, walaupun simple, tapi kami makan macam best aja...

Tu la, orang kata, walaupun makanan tu sedap macam mana pun, tapi kalau tiada selera, tiada gunanya kan.

Hmm, saya ada bawa fail officer saya balik. Saya terkejut sikit sebab ada satu fail tu, date of submission nya September last year..macam mana boleh tak clear lagi nih, mesti terlepas pandang.

hmmm, larat tak nak buat kerja lagi nih? tak nak paksa diri, tapi kalau tak habis kerja pun, tak best juga...sooooo....tengok la dulu mood saya..

Okay lah, a short one ye today since saya ada penyakit M yang besar...okay, see you on the next post

No comments:

Post a Comment