Waktu saya masuk ke rumah kakak saya, saya tercium bau yang sangat sedap, yup, goreng ikan bilis. Kakak saya tengah masak, menyediakan juadah berbuka puasa...sebelum balik, dia tanya saya, "nak sambal tumis ikan bilis tak? Tapi kena tunggu la, tak siap lagi"...saya pun nak balik sangat dah, sooo, tak pe lah mek yah, next time.
Sampai sampai rumah, terus cakap dekat hubby, saya masak tumis ikan bilis nak? hubby terus kata nak...he he he
Hmmm, saya pun masak lah...dah lama tak masak tumis ikan bilis...hmmmm...rasa best!
Tumis ikan bilis ni memang makanan kegemaran keluarga saya. Kalau ada petai, lagi la terangkat. Masakan ini juga adalah antara masakan pertama yang saya pandai masak.
Sewaktu saya mula mula kahwin di dalam tahun 2006, rumah saya tiada dapur lagi. Setelah ada dapur, antara masakan pertama yang saya masak adalah tumis ikan bilis. Saya ingat lagi, saya masak nasi sikit...ye lah, ingatkan nak makan sikit aja kan, sebab malam. Tapi, sebab teringin lagi, saya pun minta lah nasi sikit dengan hubby, haaaa, percaya tak dia boleh tak bagi...macam sangat lah kedekut...ha ha.
Rasanya itulah kali pertama hubby berkira dengan saya kerana sesungguhnya, hubby selalu sangat beralah dengan saya...tapi, saya terharu juga sebab dia tak bagi nasi tu sebab dia nak makan lagi, dia kata, dia tak pernah makan tumis ikan bilis yang sedap macam tu...tak terharu ke...he he
Hmmm, sekarang, saya baru saja habis makan nasi panas dengan tumis ikan bilis...dan goreng udang sebanyak enam ekor. Tiada sayur..heee, ado timun pun sodap kan.Ada lebih lagi sambal tu, esok boleh makan lagi...
Okay lah, saya chow dulu...have a good rest everyone!
A'ah lah cikbib...tumis ikan bilis sedap gileee @___@ kalau ibu masak kan, slalu berpinggan pinggan makan. hee
ReplyDelete