Monday, May 14, 2012

Chemor, Lumba Basikal & Lobster

Best kan tajuk di atas, mesti semua orang wonder what's the relationship between the three, yeah, Chemor, Lumba Basikal dan Lobster.

Hubby and I went back to Chemor yesterday. I slept 80% of the journey, so, by the time I woke up again, we were ready to exit the highway via Ipoh Utara exit. Hmmm...hubby suddenly turned left instead of right on the first turn after the highway and I know, yeah, lunch at Sabar Menanti.

Nothing special during lunch, so, let's skip that one.

Once we reached Chemor town, we realised something was about to happened with the presence of many policemen. Once we reached our house, hubby went straight to the road and I followed. We found out that at the same time my sister and her family have also arrived. Yup, the traffic was stagnant...according to my brother in law the lumba basikal  Asia troop will be around in a short while.

Heee, macam seronok pulak tunggu sebab teringat waktu kecik kecik dulu, antara kegiatan social yang ada di kampung adalah apabila ada kemalangan, yeah, semua orang akan berkumpul di tepi jalan dan bersosial (heeeee, bersembang lah). Ataupun ada lumba basikal macam hari semalam, jalan depan rumah saya ni memang ada banyak upacara lumba basikal.

Saya juga ingat macam mana kami berkumpul apabila ada cross country, dan saya ingat lagi sape yang menang, nama timangannya Enjah...nama betullll...apa ye mek yah? Kami kecik lagi kan, so, a little blur lah tentang facts yang macam tu.

Lagi satu, dulu dulu, kalau ada kematian orang Hindu, haaa, meriah gakkk, kadang kadang siap ada menyanyi dan menari lagi...haaaaaa, berkumpul laaa lagi orang kampung

Kegiatan sosial di tepi jalan ini lah yang telah membentuk diri ini...yeahhhh...nampak simple kan? Tapi saya baru sedar sekarang ni sebenarnya yang semua itu membentuk diri saya sekarang, cara bergaul, cara bercakap...develop our social skill kan, maka terdeveloplah saya yang comel nih....miahhhaaaaaaaaaa....

Hmmm...tapi betul, as you go up to the higher rank....social skill ni memang sangat penting kan...hmmm, saya tengah belajar lagi ni untuk memantapkan diri..

Hmmm, back to the lumba basikal Asia, orang Chemor yang naik kereta pun sudah marah sebab tak pernah di buat nya traffic jam kat situ kan. Kami tunggu dekat 20 minit jugak, tak lalu lalu, tapi bila lalu..heeee, jadi excited macam budak kecik. Let's enjoy some photos taken (orang Jepun, maybe you should show these to Ayah).

Di tepi jalan, di bawah pokok mempelam, heeee, mestilah bersembang sakan kan...nampak jalan kat sebelah tu tak penuh kereta...heee, traffic jam di Chemor City..

mula mula asyik polis aja yang lalu..tapi lepas tu, lalu lah the first small group..

lepas tu, the larger group...

Lepas tu...habissss, masuk rumah.

Baru baru ni kan saya pergi Sabah? haaa, saya ada beli udang sikit, termasuk lobster. Saya tak sempat buka pun di rumah, so, we decided to bring it back to Chemor, boleh la share dengan mak dan kakak. 

The next day, sempena mother's day, juga bday Abang Hatta, kita orang makan makanan laut...mari tengok gambar

haaaa, baby lobster. Mana pernah beli/masak lobster kan...so, ini dia 4 ekor lobster yang perlu di masak

opah relax baca paper...tengok tu ada pisang dalam bakul.

haaaa, lobster yang sudah di masak...saya tak tahu nak masak apa sebenarnya, saya tumis aja bawang putih/halia, letak air, cabai burung dan masukkan lobster tu. Hmmm, lobster tu memang sedap, so masak macam mana pun sedap gak. Tapi nak makannya, messy betul...keras nak mampus kulit dia.

udang, masak sambal..yang ni saya masak. Dalam mangkuk putih tu, ada sup isi ketam dengan cendawan kg (yang tumbuh merat tempat tu, mak saya ambil, saya suka, sedapppp sangat)

Haaa, menu keseluruhan, lobster, udang masak sambal, sup isi ketam/cendawan, kari semalam, sambal kuinin, gulai lemak kacang panjang yang dah dikeringkan (semalam punya juga, he he)..

makan time...macam semangat kan. Tengoklah senduk kat dinding tu...heeee, senduk tu lagi tua dari saya rasanya, mak saya saja sangkut buat perhiasan

abang Hatta, hubby and cik tiha


another angle, mak dengan kakak.

Lepas makan, hubby dan saya balik...hmmm, tadi waktu hubby siram pokok di rumah saya ni, mata dia tercucuk pulak daun, dan dia tengah mengeluh sakit...semoga cepat sembuh Shuk...



1 comment:

  1. kami nak ke kk ahad ni. bersemangat nak beli ketam udang etc....yes...mr enjah elder brother of kamaldin rasul and wahidah...

    ReplyDelete