Yup, hubby baru call untuk bagi tahu update mengenai mata dia. Yup, dia baru jumpa doktor dan doktor kata, kecederaan di mata tu ada improvement dan hanya tinggal sedikit luka yang masih tinggal, alhamdulillah, leganya saya dengar.
Doktor tetap bagi MC sampai hari Jumaat. Hubby perlu mengelak keluar dari rumah bagi mengurangkan kemungkinan yang habuk/kekotoran masuk ke matanya. Hubby juga cakap, doktor pesan, jangan tolong isteri sapu rumah ke, mop rumah ke, ...takut habuk masuk ke mata juga (yang ni saya tak pasti sama ada ayat tambahan atau genuine). Doktor juga ada bagi 3 jenis ubat dan minta suami berehat banyak banyak.
Hmmm, lega saya, baru lah semangat sikit nak menghadapi kerja ni. Tapi ye lah, bila ada masalah, baru lah doa tu panjang sikit kan?...baru lah mengenang balik dosa dosa lama seperti tidak memperdulikan anak kucing yang mengiau ngiau keseorang tanpa ibu...tengok tengok anak kucing tu dah mati...adoiiiii, insap betul laaa, kan makhluk tuhan tu, awatlah saya tak de hati perut untuk tolong anak kucing tu, kan dia baby lagi.
Satu lagi, baru kita faham macam mana sakitnya bila mata cedera..yup, you only can understand once you experienced it. Wisdom. Perkara macam ni penting untuk kita memahami masalah orang lain, menjadi lebih faham, jadi less judgemental, bersimpati dan cuba membantu orang yang di dalam kesusahan/kesakitan.
He he...lagi satu, kalau Shuk sihat, boleh minta dia tolong urut tangan saya yang sakit ni...susah betul bila tok bomoh kita ni tak sihat kan.
Hmm, pastinya perkara ini akan menjadi kenangan kepada hubby dan saya, ye lah, sudahpun di documentkan di dalam blog ini kan...okay lah, back to work now!
No comments:
Post a Comment