Tuesday, July 1, 2014

Auntie sudah tiada

Baru-baru ni, ada seorang auntie ni telah meninggal dunia. Dia tinggal selang beberapa rumah dari kita orang.
 
Sebenarnya saya tidak berapa pasti auntie ni yang mana, tapi saya pasti hubby dia yang mana satu, yup, seorang uncle ni yang drive Teana. Haaaa....uncle ni macam garang mukanya, tapi baik kut. Pernah sekali tu, sewaktu uncle ni tengah buat dia punya morning exercise, saya pun saja sajalah tegur "Good Morning Uncle"...hmmm...dia terus senyum.
 
Auntie ni meninggal di rumah dan menurut hubby, macam-macam upacara telah dijalankan di rumah itu sebelum pengkebumian. Sepanjang upacara di lakukan di rumah, di setiap simpang menuju ke rumah, ada di pasang lilin yang diletakkan di dalam plastik.
 
Lepas tu, ada pasang khemah dan saya dapati memang agak ramai orang yang datang melawat. Rupanya mereka yang melawat akan dihidang makanan ye? Saya nampak dari jauh aja.
 
Lepas tu, mereka juga ada gendang-gendang tu, yang akan berbunyi sekali sekala. Ada juga upacara membakar segala persiapan untuk dunia yang lain...mesti ada kereta, rumah dll kan. Tapi mereka buat kemas ye, di bakar di depan rumah saya, tapi tiada pun sisa sisa bahan yang terbakar ke apa...rasa nya yang buat benda-benda ni adalah consultant kut.
 
Anddd, finally, on the last day, mayat telah di bawa dengan di iringi oleh kereta Hilux yang di atas nya ada seorang bermain organ, dan dua orang bermain gendang...
 
Hmmm...bukan apa, mengalami perkara ini mengingat kan kembali saya ke zaman kanak-kanak. Saya kan bersekolah di pekan yang kecik, jadi tak banyak sangat "excitement". Tapiiii, kalau ada orang-orang berbangsa China meninggal dunia, haaaaa....pekan itu akan meriah sikit lah...heee..saya pun excited sikit lah.
 
Saya suka tengok semua bekalan untuk dunia lain yang mereka siapkan untuk di bakar tu. Suka aja saya tengok kereta la, lemari la, katil la, rumah la, tv la...segala benda
 
Yang lebih meriah adalah gendang yang mengiringi kematian tu. Kalau yang meninggal dunia tu orang kaya, lagi lah meriah sebab mereka akan bayar brass band sekolah China yang berdekatan untuk mengiringi mayat...
 
Sekiranya ini berlaku, maka saya dan kawan-kawan sekolah adalah seronok...yup, dapat menonton brass band free kat pagar sekolah. Kalau kami masih dalam kelas, kami tengok juga dari tingkap sekolah...bergayut aja semua orang.
 
Hmm...kurang lah lagi sorang gang orang tua-tua di kawasan perumahan saya. Dulu, ada 4-6 orang yang suka berjalan/exercise, sekarang ni saya tengok sorang aja yang buat. Uncle yang naik Teana tu pun asyik naik Teana aja...mungkin sudah tidak larat untuk berjalan.
 
Tak pee...lepas lepas ni kami pulak la yang akan jadi pelapis kepada mereka.
 
Semoga kami sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan serta berkat rezeki kami dan sentiasa dipertingkatkan iman...insyaa allah.
 
Semoga mata Imran akan terus improve, semoga Imran boleh membaca, boleh melihat ibu bapa serta abang dan adiknya...insyaa allah. Tiada yang mustahil bagi mu Ya Allah, hanya kepada mu kami memohon.
 
Aaamiin



No comments:

Post a Comment