Hari ini, Sabtu, genap seminggu umat Islam di Malaysia berpuasa.
Sewaktu saya bangun waktu sahur pagi tadi, saya terus dikejutkan dengan berita S h a rifah A ini telah meninggal dunia. Al-fatihah buat beliau.
Pastinya Kak Pah mengingatkan zaman kanan-kanak saya di mana beliau tersangatlah famous. Walau bagaimanapun, sewaktu itu, saya tidaklah faham sangat sebab abang dan kakak saya macam tak suka aja dengan Kak Pah ni. Cuma saya aja yang sejak dewasa ini merasakan yang suara Sharifah Aini ni macam sangat sedap, macam sangat original dan saya suka diction dia, sama ada lagu Melayu atau Inggeris, sangatlah clear.
Antara lagu Kak Pah yang saya ingat adalah lagu "Seiring dan Sejalan". Haaaa....saya ingat lirik dia, macam ni lebih kurang...
Seiring dan Sejalan (kak pah)
Seindah bunga di tamaaaan (tamaaan tu kena lenggok tau, yang ni Broery nyanyi)
Bak burung yang mekar kanda ku puja (burung mekar? betul ke lirik saya ni? ini part kak pah balik)
Bahagian kita berdua (Broery balik)
Berlari berkejaran (kak pah)
Lupakan segala duka (Broery)
Di gunung dan laut (kak pah)
Di ....... (Broery...lupa la plak lirik kat sini)
Bahagia kita berdua (Kak Pah)
Chorus (ini part yang saya paling suka)
Dindaaaaa (Broery)
Kandaaaaaaa (haaa...yang kanda ni kena lenggong betul betul tau....yang ni part kak pah)
Burung pun turut menyanyi (dua dua kut)
Tawaaaaa (Broery)
Rianggggggg (Kak Pah...lenggok tahap gaban juga ye)
Dan Cinta mula bersemi
Lepas tu : lirik dia terus : lalalalalalalalalalalalal......yang sangat panjang
haaaaaaa....dannnn...filem yang feature lagu ini adalah filem pertama yang saya tonton di satu satunya panggung wayang kecil yang terletak di Pekan Chemor tu. Sebelum itu, panggung wayang Chemor hanya menyiarkan cerita cerita China sahaja.
Dan, di dalam filem ini, sewaktu kak pah dan Broery menyanyi kan lagu tersebut, mereka pun berlari lari dan memanjat bukit di sana sini...hih...if my memory ni betul.
Filem itu disiarkan di Panggung Wayang Chemor sempena dengan hariii...apa ntah...tapi di kelolakan oleh Ahli Umno Chemor. Meriah waktu tu, ada funfair, ada jual-jual makanan tu yang boleh dibeli dengan kupon, ada life live band,...haaa....waktu tu mana ada Sure Heboh ke apa kan...jadi itu adalah pengalaman baru buat saya. Waktu tu umur saya 6 tahun kut.
Anyway....itu dulu....itu dunia...sekarang Kak Pah akan melalui dunia baru.
Saya doakan Kak Pah sejahtera di sana. Moga diampunkan segala dosanya dan semoga dia masuk ke dalam golongan mereka yang beroleh kejayaan di akhirat. Insyaa Allah. Amiiin.
No comments:
Post a Comment