Salam Ramadhan!
Hari ini, 30 Jun 2014, hari ke 2 kita di Malaysia berpuasa, alhamdulillah.
Sebelum berpuasa, iaitu pada hari Sabtu, Tokbomo dan saya telah pergi sekali lagi ke Midvalley Megamall. Tujuan pergi adalah untuk menjalankan peranan kami sebagai Datuk Bandar Simpanan Shah Alam (DBS : siapa yang tidak tahu term ini untuk apa, sila baca post-post saya di bulan puasa tahun lepas ye).
Mula-mula kami tidak pasti sama ada kami ingin melantik diri kami sekali lagi sebagai DBS, tapi kami rasa, it is only rightlah untuk kami melantik diri kami...hiks...bukan rugi apa apa pun kan, ekekekekeke!
Anyway, manusia adalah sangat ramai di Midvalley, sampai saya yang teringin nak beli baju baby untuk cucu-cucu saya telah mengambil keputusan untuk balik aja...malas beratur.
Kami kemudiannya telah pergi ke Jalan Bellamy, untuk makan ikan bakar buat kali terakhir lah kononnya. Hmmm...tengok tengok, punye lah ramai orang...mak oiii...langsung tukar plan.
Di Shah Alam pun sama...restoran restoran penuh...semua orang macam kemaruk nak makan.
Tapi kami okay...kami memang sokmo relax kan...kecuali hubby yang takut sakit perut. Tapi yang baiknya, kami ada sedikit rasa insaf...heee...bila tengok orang buat salah kita perasan la kan, kalau kita yang buat salah, kita tak nampak. Tapi ye lah, tengok orang macam beriya sangat nak makan, kami telah memperbaharui azam kami untuk lebih bertenang dalam bulan ramadhan ni dan berusaha untuk tidak menjadi hamba perut...semoga engkau bagi kepada kami kekuatan Ya Allah
------------------------------------------------------------------------------
Saya telah masak ayam masak merah pada hari Sabtu malam Ahad tu, untuk bersahur, juga buka puasa esoknya (kalau ada lebih), juga bagi sedikit kepada Pijah.
Waktu sahur, saya tengok hubby makan macam seronok sangat makan ayam masak merah tu. Saya rasa bukanlah sebab sedap sangat kut, tapi mesti sebab dia rindu masakan saya. Saya mengakulah, saya sudah lama betul tidak masak...haih...bila tengok suami berselera, rasa macam nak masak selalu aja
---------------------------------------------------------------------------------
The next day...puasa day. Saya sempat berurut pada pagi Ahad tu. Lepas tu, dalam jam 12.00 tenghari, kami bersiap untuk ke rumah Pijah. Sebelum tu, tiba-tiba hubby buat suspens...yup, sakit perut.
Aduihhhhh...ngerinya waktu tu. Tapi alhamdulillah, sakit nya sekejap aja...kami relax sekejap dan terus ke rumah Pijah.
Waktu balik semula ke Shah Alam, baru kami perasan yang bazar Ramadhan di sekeliling Hotel Quality tu masih belum ada (atau tidak akan ada?). Tapi bazar di sekeliling SACC Mall memang sudah meriah. Oleh kerana hari tersangat panas, kami tak singgah pun.
----------------------------------------------------------------------------------------
Balik, solat, tidur....heeee
----------------------------------------------------------------------------------------
Bangun, solat Asar, dan hubby decided to pergi kedai Sederhana to buy some kuih untuk berbuka (walaupun pada mulanya kata tak nak, he he he).
Saya pulak, decided to masak gulai lemak udang dan goreng sayur. Ayam masak merah pun ada sikit..soooo...okay lah tu kan.
---------------------------------------------------------------------------------------
Berbuka - Tokbomo memang lapar kali ni. Tapi kami bersyukur sangat sebab Tokbomo boleh menyempurnakan puasa walaupun tidak lah senang. Moga Allah bagi kekuatan dan memudahkan semua urusan kami untuk menyempurnakan ibadah puasa kami.
--------------------------------------------------------------------------------------
Bulan puasa ini, banyak kan amal ibadah, kurangkan mengumpat...heee....
Dan saya akan tingkatkan doa saya buat Imran...budak pipi labuh yang tak mahu dengan orang lain tu
Ya Allah...engkau kembalikanlah pandangan mata Imran Ya Allah kerana sesungguhnya, ianya adalah amat mudah bagi mu, sekiranya engkau menghendaki. Engkau jadikanlah Imran, Iman dan Irfan, hamba hamba mu yang soleh. Aaamiin.
------------------------------------------------------------------------------------------
Have a blessed Ramadhan everyone!
No comments:
Post a Comment