Hari Jumaat baru ni, saya telah bersembang dengan seorang kawan dan dia telah bertanya macam ni "Bila hang nak cerita fasal kereta hang kat blog? Aku tengah tunggu ni"....
Heee...so, mari lah saya cerita...setelah dikira sana, dikira sini, di congak sana, dicongak sini, kami telah mengambil keputusan untuk membeli kereta ini....
Haaa...sebenonya dah dapat kereta ni pada 9 Julai 2014, hari Rabu.
And as at today, 20 Julai 2014, saya baru drive kereta ni dua kali. First time tu, waktu balik ke kg, pada 12 Julai dan kali ke 2 adalah pada 18 Julai...Jumaat lepas, saya bawa ke ofis
Macam mana rasa bawa kereta baru...haaaa....suspense....rasa berdebar tahap gaban. Saya tak sangka la effect nya begitu sekali sebab saya sudah tiga kali beli kereta kan. Tapi mungkin sebab inilah kali pertama saya beli kereta yang bukan jenama Proton ataupun Perodua kan...heeee. Kalau saya beli kereta Merc ke, BMW ke...lagi lah.
Waktu first time bawa ke ofis, saya memang suspense sampai saya tak cilok langsung. Rasa stress aja lebih lebih lagi sewaktu bawa di bangunan parking lot. Mak aiii...kalau selama ni saya suka cucuk cucuk orang kalau depa drive lambat sangat, kali ni orang lain pulak yang cucuk saya....Langsung sampai lambat 2 minit....heee. Tak kisah la kan.
Oklah...itu ajalah cerita kereta saya...semoga kereta ni berkat untuk saya dan hubby, insyaa allah
No comments:
Post a Comment