Monday, July 7, 2014

Emak Saya

Assalamualaikum.

Hari ini saya bercuti. Mula-mula, kalau ikut perancangan, saya sepatutnya cuti pada hari Jumaat lepas juga hari ini untuk balik ke kg suami. Walau bagaimanapun, ntah macam mana, ada perubahan, dan kami tak jadi balik kg. Hari Isnin depan pulak, saya tidak boleh cuti sebab ada kerja, jadi saya decided to continue untuk cuti hari ini dannn, saya syukur saya cuti sebab emak saya ada di rumah saya sekarang, jadi, boleh la saya create some activities today. 

Mungkin saya belum bercerita sebelum ini, tapi emak saya telah mengambil keputusan untuk berpuasa di rumah anak-anaknya tahun ini, alhamdulillah. Sebenarnya kami terkejut, tapi kami semua gembira. Saya ingat lagi mak saya cakap macam ini waktu saya singgah di kg dahulu "Mak rasa mak nak tinggal dengan abang Hab la puasa ni.  Kalau tinggal dengan abang Hab, mak tak payah masak. Mak boleh solat tarawikh kat surau dan mak boleh belajar guna Ipad dengan Jiha."

Haaaa...solid tak statement tu? 

Tapi kenyataannya mak saya memang sepatutnya tinggal bersama anak anaknya sekarang ni. Saya rasa dia dah tak kuasa nak fikir pasal benda benda lain kut, macam apa nak di masak, especially sebab mak saya memang tidak berapa suka masak..heee. Bila tinggal dengan abang saya, ataupun dengan saya, dia boleh fokus beribadah. Infact, sekarang ni, mak saya tengah buat apa ntah dalam bilik dia...dia tengah tengok ipad rasanya, dia dengar ceramah dari youtube...dia dah pandai guna Google tau...

Infact semalam dia telah bagi satu statement yang buat Shukri dengan saya senyum...yup, semalam, waktu gambar Hanis Zalikha keluar kat tv, dia tanya kat saya macam ni "siapa dia ni?" 

Saya pun bagi tahu lah yang orang tu Hanis Zalikha. Mak saya terus sambung, "Dia blogger kan?"

Haaa...bila dia jawab macam tu yang kami senyum tu. Tapi bila saya tanya "mak tau ke blogger tu apa?" , dia pulak yang senyum.

Tapi alhamdulillah, mak saya sihat. Selera makan pun ada dan dia istiqamah ambil kalsium, ubat sakit lutut dia dannn....satu lagi saya dah lupa, tapi untuk energy. 

Semalam, kami belikan Rojak Karim untuk mak (ke Rojak Kadir? Confuse betul antara Karim dan Kadir ni). Dia memang selalu request Rojak ni bila sampai Shah Alam. Dan semalam dia bagi statement ni "Rojak lain lain tu, semua tak boleh kalahkan rojak Karim. Kuah dia memang sedap"

Heee....kami beli dua bungkus, saya makan sikit, yang lain mak saya habis kan. Dia makan dua kali, waktu berbuka dengan waktu selepas tarawikh.

Semalam juga saya masak sup ayam dan mak saya nampak seronok menghirup kuah, waktu berbuka juga waktu sahur. Tapi dia suka kuah tu panas panas....

Waktu berbuka tu juga dia telah buat statement ni "Kak Lina tu, memang rigap buat kerja dapur". (Kak Ina, if you are reading this, you should be proud, mak puji tuuuu...bukan senang)

Hari ni...kami mungkin keluar jalan jalan...kejap aja la kut sebab kaki mak saya bukan kuat sangat pun dan kami tak pasti sama ada tempat yang kami nak pergi ni ada wheel chair ke idak....kalau ada, boleh la pinjam.

Hari ini juga kami akan hantar emak pergi rumah kakak saya mek yah. Rumah kakak saya tu meriah sebab ada anak-anak kan, mak saya cukup terhibur dengan kerena budak-budak tu...rumah saya ni ada saya dengan Shuk ajalaaa....bosan dia.

Saya juga tahu yang dia suka mee goreng mamak yang di jual di kedai Syed seksyen 4 dan kalau dia ingat, mesti dia request. Kalau sempat nanti, kami belikanlah....sebelum hantar dia ke rumah Mek Yah.

Okay lah....saya cerita fasal emak saya aja hari ni kan....saya pun dah mengantuk balik ni....

Okay...selamat berpuasa semua.



No comments:

Post a Comment