Tuesday, July 22, 2014

Hari Minggu Terakhir di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ni hari Selasa, hari ke 24 kita berpuasa atau kena kata lain, lagi 6 hari kita akan raya.
Saya telah bercuti pada 17 Ramadhan (14 Julai, hari Isnin) dan kami telah mengambil peluang untuk melawat bandaraya Shah Alam. Walaupun hari bekerja, tetap ramai orang di Kompleks PKNS, SACC Mall serta Alam Sentral.

Kami jalan tengok orang aja sebab saya, alhamdulillah telah tempah baju awal-awal. Tak de lah stress nak cari baju waktu orang tengah ramai tu...dan faham-faham ajalah kan, saiz pun susah nak cari buat diri yang terlebih comel ni.

Tapi kan, cuaca sangatttt panas. Kami pula terpaksa park kereta di kawasan lapang opposite Kompleks PKNS tu. Sewaktu saya dalam perjalanan ke kereta sorang-sorang sebab hubby pergi bayar duit parking, saya dengar/tengok dua tiga orang merungut. Bukanlah merungut teruk-teruk, cuma budak-budak perempuan belasan tahun yang baru keluar dari kereta dan tidak boleh buka mata kan, sebab panas...saya dengar la dia mengadu dengan emak dia, "panasssnyeee'...hmmmm

Lagi seorang budak perempuan tu pulak, telah "squat" di tepi kereta untuk mengelak cahaya matahari. Saya pulak, bila dah nampak orang macam tu, terus aja pergi cuba sejukkan kereta, buka pintu, pasang aircond dan ambil payung....yup...berdiri dulu di luar kereta sebab nak duduk dalam kereta tu rasanya saya tak mampu.

Bila balik ke rumah selepas tu, saya memang rasa penat sikit...dan dahaga...sikit aja lahhh...kalau nak compare dengan orang-orang yang berniaga di bazaar tu kan...dengan panas nya, dengan dekat dengan apinya...tinggi sungguh cabaran untuk mereka berpuasa.

Pada hari ke 21 puasa baru-baru ni (hari Sabtu) dalam kumpulan wassup keluarga kami, ada banyak post mengenai sedara mara pergi shopping raya. Depa siap keluarga shopping dari petang sampai malam tau, siap berbuka di luar dan sambung shopping.

Yang kami berdua pun geleng kepala, isk isk isk, dasat sungguh depa ni shopping. Kami pulak, hari itu, memerap di rumah aja. Hajat di hati nak pergi ke Empire Subang, tapi sebab tertidur dan bangun lewat, langsung tak pergi sebab kami tahu, mesti susah nak dapat parking kan.

Pada hari ke 22 puasa tu pulak (the next day, hari Ahad), hubby telah insist, we must go somewhere, tak boleh asyik lepak kat rumah aja...oklah, kita orang pun bersiap dan bergerak. Mula-mula kami pusing dulu Bandaraya Shah Alam tu kan...haaaa....rupa-rupanya, ramai sungguh orang di Shah Alam. Sebab orang terlampau ramai di Kompleks PKNS, Sacc dan Alam Sentral, kami telah mengambil keputusan pergi ke Plaza Masallam sahaja.

Saya sudah set dalam fikiran, saya kena pergi farmasi...kena beli 2 benda. Takpe, sebelum ke farmasi, kita tengok-tengok dulu gerai jual baju tu. Tiba tiba teringat...ehh, nak beli jubah la. Boleh bawa solat tarawikh. Sekarang ni saya ada satu jubah aja dan hari-hari saya pakai jubah yang sama...bukan la apa, kut laa ada orang yang perasan kan...hiks

Tapiiii...let's tengok aja la dulu kan...toksah beli lagi. Kami pergi Guardian kat ground floor.
Ok...jom sambung jalan. Tiba-tiba, hubby nampak kedai Home's Harmony ni. Huk aloh...masalah ni...kami ni memang susah di kawal kalau masuk kedai-kedai macam ni.

Masuk aja...haaaa....nampak cushion kecik kecik tu kan. Yup, beli lah dua sebab kami memang nak letak dalam kereta baru kannn...saya kata guna ajalah cushion yang lama tu, tapi encik hubby tak nak, okay jom la beli.

Sewaktu nak bayar, tengok tengok ada seorang lelaki ni (dalam 50 an), telah beli banyakkkkk sangat, sampai orang kaunter tu suruh kami tengok-tengok dulu barang sementara cashier clearkan barang-barang brother tu.

Oklah, kami pun pergi lah menengok nengok lagi walaupun sebenarnya kami bercadang utk  menghadkan penglihatan untuk mengelakkan pembelian berlebihan...kononnye laa

Waktu tengok-tengok tu, tertengok cadar dan pembantu kedai tu cakap "cadar tu ada 50% off"...saya pulak "bahaya ni". Tiba tiba hubby terus berjalan masuk ke dalam lagi..laju aja tau...saya tengok dari jauh, yup, dia pergi tengok bantal, bantal pun 50% off juga.

Hmmm...akhirnya kami beli dua bantal dan dua bantal kecik. Alhamdulillah tak beli cadar juga, tak beli curtain  juga, tak beli towel juga...haaaaaa....

Kita ni, bila tengok org lain shopping, boleh geleng geleng kepala...tapi diri sendiri, bila pergi kedai...boleh tahan juga berbelanjanya.

Tapi kan, sebanyak-banyak benda yang kami beli, brother 50an tu beli lagiiiii banyak. Dia beli bantal ada 10 bijik kut, dengan cadar ada 5-6, benda-benda lain lagi..Orang kedai tu siap kena tolong hantar barang ke kereta lagi, bukan sorang yang tolong, dua orang lagi.

Lepas tu kami pergi beli buah apple dan sebab barang dah banyak, encik hubby telah mengambil keputusan untuk hantar barang-barang ke kereta dahulu.

Sementara menunggu encik hubby hantar barang, saya round lagi kat ground floor tu, tengok jubah. Ada yang lawa tau, tapi harga pun lawa lah, dekat RM400. Tapi tujuan beli pun nak bawa pergi solat kan, so, let's buy a simple but nice one...practical lah yang pentingnya.

Kami beli juga jubah akhirnya...dan balik rumah dalam jam 3.OO petang. Bila masuk kereta, kami dua-dua macam rasa bersalah sebab berbelanja terover sikit. Untuk memujuk hati, encik hubby kata "takpe cikbib, lepas raya, kita duduk diam-diam aja. Kita keluar kalau ada orang jemput open house aja. Kalau tidak, kita duduk rumah"...

Anyway, that will be our last weekend outing for this Ramadhan since we will be going back to Perak next week.

We will sure miss Ramadhan! Ada different feeling lah Ramadhan ni. Saya suka dengan disiplin yang kita ada sewaktu bulan ni. Bangun pagi awal, pergi kerja awal, cuba balik kerja awal, makan malam sama-sama dan pergi surau sama-sama.

Di surau, antara solat Isyak dan Tarawikh, akan ada majlis ilmu selama 10 minit. Ianya pendek, dan sesuai untuk saya yang jangkahayat untuk fokus sangatlah pendek. Banyak juga saya belajar, alhamdulillah

Semoga kita semua akan menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Insyaa allah

No comments:

Post a Comment