Thursday, July 3, 2014

K T M Komuter Re-visit & Jam Tangan Baru

Hari ini adalah sibuk. Ada meeting dari jam 9.00 sampai jam 1.00 tengahari....sampai ngantukkkk.

Sampai ofis balik, buat tu, buat ni...dan saya juga terpaksa balik lambat sikit. Saya terpaksa naik keretapi pulak tu.

Dah lama betul saya tak naik keretapi, dekat 5 tahun. Rasa suspens pun ada. 

Sampai kat KL Sentral, kena beli ticket. Saya cuba nak beli ticket kat vending machine tu, tapi tak boleh pulak. Terpaksalah saya beratur untuk beli ticket.

Saya masuk ke platform dan tengok orang tengah beratur. Saya pun masuk aja kat barisan yang paling pendek...sepatutnya saya cari coach untuk wanita sahaja kan...tapi waktu tu tak terfikir langsung.

Naik dalam coach, kena la bergayut sebab semua tempat duduk dah penuh. Saya tengok orang ajalah sebab nak main game pun tak boleh sebab tangan tengah bergayut kan dan keadaan keretapi tu tak stabil...takut jatuh pulak kalau tak pegang betul betul.

Saya rasa lost betul dalam keretapi tu. Bukan apa, kalau dulu, saya boleh cam orang yang selalu naik dan boleh slightly teka depa akan turun kat stesen mana...heeee...

Tak kisah lah kan, just enjoy the trip lah sebab keretapi tu pun tak la penuh sangat. Saya dulu hari hari naik keretapi yang penuh semacam sardin...nak bernafas pun susah

Akhirnya saya dapat tempat duduk apabila keretapi sampai di stesen Subang Jaya. Bila duduk, tiba tiba terbau benda busuk...alaaaa....ketiak orang sebelah tu busuk la plakkkk. Tak pe, bernafas ke sebelah kiri ye Cikbib.

Tapi kan, yang eloknya, bertolak dalam jam 6.10 dari KL Sentral, sampai kat Shah Alam dalam 6.50 petang...not bad at all.

Hari ini juga hubby telah tukar menu. Kami hanya makan mee goreng dengan cucur udang untuk berbuka. Hubby beli satu lauk untuk makan sahur.

Okay lah...di sini dulu...selamat berpuasa semua.

----------------------------------------------------------------------------------

Saya memang cari jam tangan. Baru-baru ni, sewaktu pergi ke Midvalley, kami cari juga jam...tapi tak jumpa yang sesuai. Tapi tu lah, bila dah rezeki kan, tiba tiba kami jumpa yang sesuai di Shah Alam...haaaa...jam nya adalah seperti di bawah....


heee...ntah lah kenapa, tapi kali ni saya macam suka yang lebih kewanitaan pulak, sehinggalah hari ni baru saya perasan, kenapa tak pilih putih kan...baru lah professional sikit...heeee...tapi yang ini pun okay...asal boleh nampak masa kan
_____________________________________________________________________

Ya Allah, tuhan yang maha berkuasa, yang maha mengkabulkan segala doa. Aku memohon sekali lagi kepada mu Ya Allah, kembalikanlah pandangan mata Imran. Semoga Imran dapat membaca, dapat melihat ibu bapanya Ya Allah. Amiiin.

No comments:

Post a Comment