Wednesday, July 16, 2014

Malam ke 18 Ramadhan

Malam ke 18 Ramadhan...

Saya sudah balik dari bertarawikh, sudah minum air banyak banyak sebab rasa dahaga sangat, dan sudah makan buah rambutan yang kami bawa balik dari kg.

Selepas ini, saya nak iron baju dan tidur sebab esokkk....kena kijo....setelah bercuti 4 hari.

Pada hari Sabtu yang lepas, hubby dan saya telah ke Sg Petani untuk menghantar emak saya ke rumah abang saya. Rumah abang saya di Sungai Petani adalah perhentian emak saya yang ke 4 pada bulan Ramadhan tahun ini. 

Kami bertolak selepas subuh pada 12 haribulan tu. Kami bertolak awal dan sempat singgah di Chemor. Sampai di Chemor dalam pukul 10.00 pagi, kakak saya yang di Ipoh tu tengah sibuk membersihkan kawasan rumah. Rupa-rupanya, kakak saya tu telah 3 hari berturut-turut balik ke kampung untuk membersihkan rumah. 

Kakak saya buat sikit-sikit sebab tak larat....terima kasih kakak, saya tahu bukan senang nak bersihkan rumah kampung kami tu. Lokasi rumah di sebelah jalan besar menyebabkan jumlah habuk adalah sangat banyak...dah la banyak, hitam pulak tu. Rumah tu pulak, boleh tahan besarnya...

Saya dengan abang saya yang tinggal di Sg Buaya tu memang berhajat untuk balik pada hari Sabtu dan Ahad sebelum raya tu dan kami memang dah menjangkakan jumlah kerja yang perlu di buat...semoga Allah permudahkan semua urusan kami.

Waktu singgah di Chemor tu, saya risau juga kalau emak saya tiba-tiba bertukar fikiran dan tidak mahu ke Sg Petani...tapi alhamdulillah...perkara tu tidak terjadi. Saya ada dengar emak saya cakap "lamanya emak pergi...rindu kat dapur ni"....heeee.

Emak saya juga puas hati sebab dapat berjumpa dengan kakak saya....yang disebut-sebut sewaktu dia bermalam di rumah saya sebelum tu.

Dari Sg Petani, kami telah bergerak ke kg hubby di Felda Ijok, Selama, Perak. Emak mertua saya ada di sana. Seperti emak saya, MIL saya juga sudah berusia hampir 80 tahun dan tinggal bersendirian di kg. Seperti emak saya dahulu, MIL tidak mahu meninggalkan rumah kampungnya.

Hari ini, sewaktu bertarawikh, saya telah bersolat di sebelah seorang tua yang bersolat duduk di atas kerusi. Sewaktu saya bersalam dengan dia, terus teringat emak saya/MIL....rasa sedih la pulak.

Suami saya selalu cakap, emak/MIL kami kedua-dua nya sudah tua, sementera mereka masih hidup, cubalah mengembirakan mereka, cubalah berbaik-baik dengan mereka,  cubalah allocate masa untuk bersama mereka, lebih lebih lagi pada hari raya ni. Sementara mereka masih ada.

Baru-baru ini, kakak ipar saya pun telah bercakap perkara yang sama.

Saya ni kan selalu tak berapa baik dengan mak saya...tapi baru-baru ni, bila saya tengok mak saya, tengok MIL saya....saya rasa macammm....saya nampak mereka tenang...mereka nampak manis, serious...

Semoga Allah kurniakan mereka kesihatan yang baik. Semoga ada rezeki untuk saya berkhidmat untuk mereka...insyaa allah




No comments:

Post a Comment