Hari ini saya pergi kerja naik kereta baru. Kereta baru tu on the road memang best, tapi sebab saya masih belum biasa, saya rasa sedikit stress bila terpaksa buat sharp turning dan masuk lorong-lorong kecik di parking lot office. But I made it lah...alhamdulillah, kereta dengan pemandu, dua dua selamat.
Hari ini sampai awal, dalam jam 7.15 pagi. Sebab awal, saya pun sempat lelap sekejap.
Bila nak mula kerja rasa tak de mood nya...and somehow, saya rasa lonely sangat...rasa sedih pun ada. Saya pun tak pasti la kenapa...mungkin sebab kawan baik dah cuti kut...saya try call encik suami, dia tak angkat pulak...haihhhh.
Waktu lunch, tiba-tiba, saya jadi terajin nak keluar. Saya pergi kat bazaar ramadhan di bawah ofis dan terus ke KL Sentral dan Nu Sentral. Saya pusing ajaaa...tapi sempat gak menghabiskan duit...sikit...
Sempat juga telefon encik suami balik...rasa nak bercakap. Saya ceritalah saya punya masalah..hikss...cakapla yang saya macam rasa sedih and kind of lonely...hubby cakap macam ni "nape, min dah balik ye? cikbib ni memang tak ramai kawan baik kan? Kawan ramaiii, tapi yang baik tuuuuu tak ramai"
Saya fikir balik...iye ke? Teruk sangat ke saya ni?
Lepas pusing sekali Nu Sentral tu, saya balik ofis and blog hop sat. Bila saya baca orang lain, saya dapati, bukan saya aja yang rasa lonely, ramaii blogger lain yang rasa lonely juga. Rasa ditinggalkan...rasa kosong...hmmm...jiwa kabott. Bukan saya sorang la yang berperasaan sedih dan keseorangan tu
Saya akan balik ke kg esok. Kalau ikut perancangan, saya akan bertolak selepas subuh. Tapi tengok lah macam mana, sebab kami belum pack pun lagi..
Disini, saya ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog ini.
Saya menulis tentang apa yang berlaku di sekililing saya, dan sekiranya ada cerita mengenai anda yang saya sentuh, maknanya anda adalah mereka yang dekat dengan saya. Walau bagaimanapun, sekiranya ada yang mengguris hati, saya mohon kemaafan. Saya cuba belajar daripada kesilapan dan membaiki diri.
Selamat pulang ke kampung, dan hati hati ketika memandu.
No comments:
Post a Comment