Pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan ke office, saya telah mendengar slot Dato' Dr Fadzillah Kamsah di Sinar FM.
Antara yang dibicarakan adalah mengenai susahnya orang zaman sekarang kusyuk dalam solat mereka dan oleh kerana itu, untuk menampung kecacatan yang ada di dalam solat kita, maka kita perlulah melakukan solat sunat banyak-banyak...haaaa
Di sini saya nak mengakulah...memang saya buat solat sunat tarawikh kan...tapiiii....ada kalanya, fikiran saya merawang waktu solat tu. Lebih lebih lagi kalau Tok Imam tu baca surah yang saya tidak familiar dan panjang... adoiiiii
Bila fikiran merewang, ada banyak perkara yang boleh saya fikirkan...antaranya :
1) tengok telekong jemaah lain...especially yang cantik...terdetik dalam hati..."cantiknya telekung dia"
2) apa nak tulis dalam blog...siap fikir-fikir...nak tulis apa, nak tulis macam mana, I better start it like this and end it like this
3) teringat fasal nak balik raya kat kampung...fasal nak masak waktu raya, nak kemas rumah waktu raya.
4) Teringat fasal Imran dan ahli keluarga yang lain
5) Sewaktu baca ayat akhir al-fatihah yang waladddhaaallllliiiin tu, teringat pulak dengan video seorang budak arab yang baca al-fatihah dan sangat bersungguh sungguh bila baca part ni...langsung senyum waktu solat (nasib tak berdekah dekah)
5) Teringat fasallll....seribu satu benda sebenarnya.
Haaa...kat mana kusyuknya tu? Cabaran betul. Tapi, kalau nak tunggu boleh kusyuk 100%baru nak solat...haaaa....mau sampai mati kita tak solat (nauzubillah).
Tapi antara usaha yang saya cuba buat untuk kusyuk adalah dengan berdoa supaya Allah permudahkan dan mengurniakan hati yang kusyuk untuk saya. Walau pun tidak 100% tapi saya dapat rasa juga kusyuk sikit sikit...alhamdulillah.
Semalam juga, hubby telah buat satu proposal untuk saya sewaktu kami berjalan pulang daripada surau. Hubby kata "Cikbib, tahun depan kita buat 20 rakaat ye solat tarawikh"
Saya pulak "mmmmmmmm"...lama saya buat mmmmmm tu.
Hubby nampak saya reluctant, jadi dia cakap macam ni "Kalau cikbib tak mau, cikbib solat tarawikh kat rumah ajalah "....huk aloh...dia threaten saya...ada keeee
Sebagai seorang yang macho saya jawab la balik "kita kan ada dua kereta"...hiksss
Heeee....jangan risau, sebenarnya saya sendiri pernah terfikir, kami berdua ni, tidak mahu ke meningkatkan sikit ibadah kami...ye lah, macam dari 8 rakaat ke 20 rakaat solat tarawikh. Kalau bukan setiap malam pun, mungkin kami boleh buat alternate days ke kan?
Well...kita tengok tahun depan. Semoga dipanjangkan umur kita semua untuk berjumpa lagi di bulan ramadhan tahun depan. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menjadi lebih baik selaras dengan kedewasaan kita.
Ehhh...sebenarnya saya nak menulis fasal sama ada di terima atau tidak amalan yang kita buat selama ini. Ye lah, kalau waktu solat pun fikiran boleh pergi ke kutub utara kan. Kalau berpuasa pulak, bergossip tetap juga diteruskan...haaaa...takut kita hanya dapat lapar dan dahaga kan...nauzubillah
Saya terfikir perkara ni semalam dan terasa macam risau. Semoga Allah terima ibadah kita semua, dan semoga kita boleh memperbaiki amalan kita...we better start somewhere lah kan.
Okay guys...gotta go....doakan saya rajin update blog ni ye....
No comments:
Post a Comment