Friday, December 6, 2013

Cemburu ke Cik Bib?

Hari ini, ada kawan seofis saya celebrate bday dia.
 
Dia belanja kami makan. Dia beli kek secret recipe untuk diri dia sendiri.
 
Lepas makan, saya pergi meeting, bila balik, tengok dia tengah bising bising dapat sejambak munge. Saya tak tahu siapa bagi, tapi saya pura-pura tak nampak....buat-buat tak perasan
 
Jealous nya saya...
 
Terus hantar sms kat hubby, cerita dia dapat munge, dan cakap dengan hubby, "nak munge , nak munge" ....uwaaaaa.
 
He he he...jangan risau, saya tak cemburu pun. Saya bersyukur aja dengan apa yang saya ada. Saya bersyukur dengan keluarga yang mengelilingi saya, kawan-kawan, kasih sayang yang saya dapat, kerjasama yang saya dapat, rezeki yang cukup, hati yang tenang, kesihatan yang baik.....aku bersyukur Ya Allah. Terlampau banyak sebenarnya nikmat yang telah diberikan, alhamdulillah.
 
Mungkin sebab saya orang kg kut, bukan budaya saya untuk buat jamuan untuk menyambut bday sendiri. Sooo...tidak lah pernah untuk saya buat celebration...atau pun sebenarnya kedekut.?....miahahahaha
 
Dapat pulak suami lagi kampung dari saya...haaaa....tiada celebration langsung. Tak pe Tok Bomoh, I love you no matter what.
 
Walaupun saya bersyukur dengan apa yang saya ada, saya tetap akui yang sekarang saya agak down. Tapi yang itu pun saya bersyukur juga, yup, rasa sedih membuat saya belajar banyak benda. Yang pastinya adalah hubungan saya dengan tuhan...juga kita disedarkan semula bagaimana pentingnya hubungan keluarga. Yup...hubungan yang renggang di dekatkan semula. Alhamdulillah.
 
Perkara ini juga menjadikan kita kuat...
 
Tak pe, jangan putus asa...Allah suruh kita berdoa kerana hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan semua penyakit dan sesungguhnya ianya adalah sangat mudah sekiranya dia mengkehendaki.
 
Oleh kerana itu Ya Allah, aku terus berdoa  semoga Imran akan dapat melihat semula. Semoga pembedahan semalam berjaya mengubati mata Imran Ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada doktor-doktor yang merawat Imran tentang bagaimana mata Imran boleh diubati Ya Allah..Permudahkanlah Ya Allah. Aamiiin.




2 comments:

  1. nak munge2! muahaaha pas2 dapat x munge nyer?

    ReplyDelete
  2. ekeekek, Tokbomo merasakan yang munge-munge ni adalah pembaziran, so, jangan beranganlah

    ReplyDelete