Wednesday, December 4, 2013

4 Disember 2013

Saya baru terima email mengenai kematian anak seorang teman yang baru dilahirkan 23 November baru-baru ni. Pastinya sedih...moga sahabat saya ini sabar dalam menghadapi dugaan, insya allah.
 
Saya juga dapati yang dua tiga hari ini, meningkat pula selera saya nak makan. Semalam, saya makan nasi kukus waktu tengahari, hari ini saya makan mihun goreng, dan saya memang sudah plan nak makan mihun goreng sejak semalam lagi.
 
Setelah membeli mihun goreng tadi, apabila masuk ke ofis, baru lah saya perasan yang hari ini juga ada jamuan makan sebab our Hindu Friends belanja sempena Deepavali....hah...tapi saya rasa saya tak nak makan la...kuat la wahai hati...heh!
 
Hari ini juga, Imran sepatut admit, masuk hospital. Insya allah, esok dia akan dibedah. Semoga dipermudahkan semua urusan pembedahan Imran, semoga pembedahan itu berjaya, semoga mata Imran akan sembuh dan semoga penglihatan Imran akan kembali seperti sediakala dalam jangkamasa terdekat ini. Aaamiiiin.
 
Hari ini juga saya dengar yang keaadaan banjir di Kuantan adalah bertambah teruk. Ada rumah yang tenggelam seluruhnya sampai ke tingkat satu dan kereta pun semua sudah tenggelam. Hebat cabaran itu, tuhan ambil kembali banyak harta yang sudah di pinjamkannya selama ini.
 
Semoga sahabat handai yang sedang menghadapi dugaan ini dapat bersabar. Semoga dengan bersabar, semua dugaan dapat di hadapi dengan tenang, insya allah.
 
Itu aja dulu...saya kena kerja..

2 comments:

  1. semoga pembedahan Imran akan berjaya, semoga Imran akan dapat melihat semula dan membesar seperti kanak2 lain yang sihat sempurna amin...

    ReplyDelete