Saturday, July 20, 2013

Spesis Terung

Pagi Sabtu, 20 Julai 2013. Kami di ruang tamu, saya meniarap tengok laptop dan hubby sedang tidur. Pelik kan bila mata saya ni tidak boleh tutup untuk tidur selepas subuh tadi walaupun itulah yang selalu impikan setiap kali saya bersiap untuk ke ofis...dah ada peluang nak tidur, tak boleh pulak tidur...

Semalam, kami tidur lewat sedikit sebenarnya sebab selepas solat tarawikh, hubby ajak pergi meronda. 3-4 tahun dahulu, malam Ramadhan di Shah Alam ni sangat meriah di mana kedai-kedai akan di buka sehingga dinihari. Tapi semalam, semasa kami pergi, memang ada gerai yang masih buka, tapi jumlah pengunjung sangatlah kurang. Mungkin kerana rata-rata gaji masih belum masuk kut? Atau ramai yang telah insaf dan mengisi malam di bulan Ramadhan dengan aktiviti yang lebih baik/relevant? ...Atau mungkin ramai yang suka membeli-belah di saat akhir.

Tidak ada benda yang menarik pun di gerai-gerai ini sebenarnya kecuali ada satu gerai ni yang menjual dodol yang di kacau di situ juga. Nostalgia kan untuk beratur dan makan dodol yang masih lembut dan panas-panas? Saya teringin sebenarnya, tapi sebab hubby tidak berminat, saya diamkan saja.

Sebab tidak ada benda yang menarik, kami mengambil keputusan untuk minum. Pilihan pertama ialah di Uncle K, sebab lokasinya dekat dengan gerai-gerai yang kami pergi tu. Malangnya Uncle K penuh tahap gaban. Kami pun cuba ke Syed, penuh juga. Saya cadangkan Tirai Ratus sebab teh tarik di Tirai Ratus adalah marvellous, tapi hubby kata tak feel pulak, kenalah kedai mamak kan, baru feel lebih sikit. Kami malas nak patah balik ke Pelita di Plaza Massalam, jadi hubby ajak pergi ke Ali Maju kut...(tak ingat lah nama kedai ni, tapi yang dekat dengan Wisma Belia Shah Alam tu, dekat rumah Mek Yah)...haaa, sini pun ramai orang, tapi kat dalam kedai masih banyak yang kosong. Kami pun on, order teh tarik dan roti kosong satu, lepak sambil main bubble shooters...heee...

Hmmm...malam ini, hubby ajak saya melawat kawasan Seksyen 7 kat Jackel tu pulak, situ ada kedai karpet yang buka sampai lewat malam rasanya. Tahun lepas, kami langsung terbeli karpet di situ di samping menyaksikan satu drama yang amat menarikk...yang diingat sehingga kini.

Dalam jam 11 pagi nanti, kami akan ke kedai tukang jahit untuk ambil baju...yay, baju raya.

Oooo, yang atas tu pengenalan aja sebenarnya sebelum saya ingat apa yang saya nak share di sini. Saya baru dengar cerita ni sewaktu saya menghadiri kursus di IDFR. Cerita nya adalah mengenai terung.

Kawan saya ni bercerita macam mana dia merungut sedikit dengan emaknya sebab badan kawan saya ni tidak mahu turun selepas bersalin. Emaknya pula telah dengan selamba menjawab "kalau keturunan kamu tu keturunan terung bulat, janganlah mengimpikan untuk menjadi terung yang panjang".

Haaa....apa pendapat anda tentang kenyataan itu? Adakah mereka yang sudah berisi akan terus give up untuk menguruskan badan kerana sudah "redho" menerima kenyataan yang diri sudah ditakdirkan "ngemuk"? 

Hi hi hi, saya tak nak give up, jadi saya rasa pernyataan ini hanya apply dengan species "terung" ajalah. Tapi saya tidak nafikan yang setengah orang lebih senang untuk mengurangkan berat badan mereka daripada yang lain. Tapi kita kena kenallah dengan tubuh badan kita dan cuba untuk bertindak mengikut fakta yang kita tahu tu...setengah orang memang sangat sensitif dengan gula, kalau increase sugar intake aja, terus badan naik...macam-macam tu lah. Tapi, untuk mengetahu tentang diri sendiri pun tak senang, setengah orang, dah berumur 50 tahun pun masih belum lagi kenal dengan badan mereka.

Apa-apa pun, yang paling penting sihat. Ye lah, bila orang membeli terung, ada yang suka terung bulat, ada yang suka terung panjang, tapi yang pasti, mereka akan memilih terung bulat/panjang yang sihat, yang segar dan tidak yang layu atau yang macam kurang zat kan...

Okay lah, itu sahajalah celoteh saya pagi ini, saya tengah gelak sorang-sorang ni sebab saya dengar perut tok bomoh saya berbunyi...heee, baru pukul 9.30 pagi ni....Okay, have a nice weekend!

2 comments:

  1. Drama apa masa beli karpet tahun lepas....storyla cikbib..

    ReplyDelete
  2. bulan puasa, tak leh cerita...hiks

    ReplyDelete