Tuesday, July 16, 2013

Ahlan Wasahlan

Semalam, saya pergi ke work station seorang officer ni dan saya nampak dekat screen laptop dia ada satu blog. Setup blog tu nampak familiar, hiks, rupa-rupanya dia baca blog saya.
 
Officer ni siap tanya macam mana dia tak tahu yang saya ada blog selama ini. Memang saya tidak berapa promote sangat kut blog saya ni. Tapi bila ada orang yang ikut, saya macam rasa best juga...ha ha ha. Perasaan bila orang baca blog kita memang macam best, nanti nak promote tu macam berat...haaaa...macam mana tu?
 
Sekarang ini pulak, ada masalah sikit untuk upload gambar sebab laptop di mana semua gambar boleh direct upload sudah dimasukkan ke hospital. Semoga laptop itu akan cepat sembuh.
 
Berbalik pada hari ini, yup, telah dimulakan dengan bangun sahur. Sebenarnya aktiviti makan di rumah saya adalah di rancang menurut selera suami. Contohnya, semalam dia rasa macam tak nak makan nasi untuk berbuka, jadi dia telah beli bihun dengan kueteow. Tapi dia juga telah beli kari ikan untuk makan sahur...
 
Maka, pagi tadi saya telah bangun awal sikit untuk panas kan gulai kari tu dan juga nasi yang telah saya masak sebelum tidur. Untuk menaikkan selera sikit, saya pun goreng ikan bilis bersama bawang/bawang putih dan cabai burung. Hubby memang suka dengan ikan bilis goreng ni, dan dia suka kalau cabai burung tu banyak sikit. Tapi pagi tadi saya kurangkan sikit cabai tu sebab takut hubby sakit perut.
 
Hmmm...lepas tu pergi kerja...lepas tu sibuk...macam itu lah!
 
Saya harap saya boleh cepat puasalah. Saya perasan ada sedikit ketidaknormalan lah saya punya sistem badan ni. Sedih la tak boleh puasa...tapi kena redha kan...tuhan yang bagi tuh...nak shift minda ni...sila shift...he he he
 
Ehhh, nak tambah satu lagi...Raja Azmi bertunang la...kagum saya dengan Raja Azmi ni. Sebelum ni dia dengan selambanya buat statement yang dia nak kahwin lagi sebab dia suka dimanjakan. Yup, memang itu fitrah manusia kan? Tapi ramai orang malu nak mengaku, tapi tak pe, Raja Azmi dah buat pengakuan untuk kita..heeee
 
Pagi tadi juga, waktu sahur, saya ada mendengar kuliah dari ustaz Kazim. Ustaz ni pesan, jangan sekali-kali kita keluar statement yang kita tidak mahu kahwin. Kalau rasa berat untuk kahwin, kita simpan ajalah di dalam hati...
 
Itu ajalah...back to work
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment