Friday, July 19, 2013

Bila Sibuk Sikit-Sikit pun Dah Stress

Sebenarnya saya sangat sibuk sekarang ni. Petang ni, ada dialog yang melibatkan orang-orang besar organisasi saya dengan sebuah syarikat conglomerate ni. Perkara ini jadi sibuk bila banyak perkara/perubahan yang berlaku di akhir-akhir masa.
 
Hmmm, bukan apa, sesungguhnya saya dah lama tak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang macam ni lah...baru saya perasan mengenai perkara ini. Semenjak J P C 3 diwujudkan, saya tidak perlu lagi organize mesyuarat/dialog yang melibatkan management saya sebab semua perkara akan diuruskan oleh M....Seronok juga dapat bekerja macam itu.
 
Saya juga kena banyak berlari ke sana sini...ambil print out, bagi arahan, buat kerja yang officer tak sempat nak buat dan berdoalah banyak-banyak supaya semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Aaamiiin.
 
Sebenarnya kami banyak juga organise seminar/network session dll., tapi semuanya lebih relax sebab saya yang control kan...hiksss...Tapi tak pe, dengan organize dialogue ni, semoga saya akan belajar dengan lebih banyak lagi....
 
Kawan saya seorang ni, lagila, dia ketua Bahagian yang bertanggungjawab untuk menjalankan event dengan media kan...mak aiii...mesti dia lagi stress...tapi tak pe, dia memang kuat...
 
Masuk DI pun, kami semua independent. Kami buat kerja sendiri, jumpa co., jumpa association, semuanya kami buat tanpa melibatkan management sampailah baru-baru ni kami ditegur...heeee...bukan apa, kalau management tak tahu then the Division is not visible and therefore the officers will not be visible also. Haaa...that is not good ya, how are the management going to evaluate your performance then...

Oleh kerana itu, kami sekarang perlu berubah. Kami perlu cc semua correspondence to our management....itu sahajalah tambahannya.
 
Saya sudah tidak sabar menanti petang ini and get it over with. Saya nak fokus benda lain pulak and move on...semoga semuanya akan berjalan lancar Ya Allah. Aaamiin!



No comments:

Post a Comment