Monday, July 15, 2013

Cara Mengatasi Kesesakan Trafik di Bulan Puasa

Iftar untuk hari ke 6 hari ini kami hanya makan bihun goreng dan kueteow goreng. Hubby juga beli kuih buah melaka (onde onde) dan pulut panggang dua ketul...heeee. Kami okay aja, makan apa yang ada, alhamdulillah kenyang.

Sudah lama saya tidak update blog ini kan? Saya sibuk sikit minggu lepas dan pada hari Sabtu dan Ahad, saya balik kampung. Selain dari itu saya juga ada masalah mood terganggu sikit, ada hormon yang kurang stabil, langsung kurang mood untuk mengupdate blog ni...tapi tak pe, hari ini saya update, walaupun saya masih tidak berapa pasti saya nak cerita tentang apa...he he he, bukan apa, kalau nak gossip, tak baik pulak kan, bulan-bulan posa ni.

Eh, mari update fasal ER saya dulu ye...mesti ramai yang ingat ER saya sudah berakhir kan? Mesti ramai yang ingat  usaha saya ni hanyalah "hot hot chicken stool" kan? Heee...sesungguhnya, sesiapa yang berfikir sedemikian, anda adalah hampir-hampir betul...tapi untuk minggu lepas, saya sempatlah buat 3 sesi di mana disetiap sesi, saya berjaya buat sejauh 4 km. Okay lah tu kan, daripada tidak buat langsung.

Lagi satu isu di bulan Ramadhan ini adalah isu "traffic jam" yang amat-amat mencabar kesabaran. Cabaran bermula pada waktu pagi di mana walaupun saya keluar rumah agak awal, iaitu dalam jam 6.45 pagi, tapi keadaan trafik yang teruk menyebabkan kenderaan bergerak sangat lambat dan ini menyebabkan mata saya macam tidak boleh buka, yup, saya jadi sangat mengantuk.

Keadaan mengantuk sewaktu memandu menyebabkan saya asyik ingat nak tidur bila sampai ofis. Walau bagaimanapun, sampai aja di ofis, terus banyak kerja, terus tak jadi mengantuk...hmmmm.

Walau bagaimanapun, saya telah diberi petunjuk pagi tadi di mana saya telah keluar lebih awal. And yes, itu adalah tindakan yang bijak di mana keadaan trafik adalah lebih baik dan saya telah sampai ofis lebih awal dan sempattttt tidur...he he he...alhamdulillah.

Sepanjang bulan Ramadhan, saya telah menukar shif kerja ke jam 8-5 petang instead of 8.30-5.30 petang. Malangnya, minggu lepas, saya ada mesyuarat pada hari Rabu dan Khamis yang menyebabkan saya terpaksa pulang lewat juga. Yup, saya balik dalam jam 6 ptg kut dan sampai di rumah jam 7.15 ptg macam itu. 

Pada hari Jumaat, saya telah keluar lebih awal, yup, dalam jam 5.15 petang. Tahu tak pukul berapa saya sampai rumah? Haaaa, 7.15 juga. Ini bermaksud, saya telah memandu selama 2 jam daripada KL ke Shah Alam....Stress saya dalam kereta tu, rasa nak menangis...dah la hormon tak stabil kan....sampai aja kat rumah terus letak handbag, buka tudung dan ke dapur...heee, masakkkkk air...he he he...untuk mengelakkan kemungkinan saya sampai lambat dari ofis sehingga tidak sempat masak, kami telah sepakat untuk membeli makanan di luar sahaja...he he he, alagasan, alagasan.

Pagi tadi juga, sebelum bertolak ke ofis, tok bomoh telah nasihatkan saya supaya keluar lebih lewat untuk balik ke rumah pada waktu petang. Sebagai seorang isteri yang taat (hiii), saya bertolak balik lambat sedikit iaitu dalam jam 5.45 ptg. Saya telah sampai di rumah jam 6.55, yup, dalam 1 jam macam tu...not bad lah kan?...So, I'll stick to this lah kut lepas ni, yup, keluar lebih awal dan balik lebih lewat.....

Tadi tok bomoh saya pesan suruh saya letak post panjang-panjang, malangnya, tiada idea lah nak tulis...mungkin esok ye...hokeh, itu aja untuk malam ni....selamat bertarawikh!




No comments:

Post a Comment