Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan

Saya suka bulan Ramadhan.
 
Saya tidak begitu pasti kenapa saya suka bulan Ramadhan, tapi jauh di sudut hati memang saya suka dan saya agak sedih setiap kali hendak meninggalkan Ramadhan.
 
Hmmm, sepatutnya sebagai seorang Islam saya memang sepatutnya suka dengan kedatangan Ramadhan kan? Saya kena mengajar hati ini supaya lebih cintakan bulan Ramadhan.
 
Ada banyak kelebihan Ramadhan macam :
 
********************************************************************************
 
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
 
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
 
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.
 
Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya.
 
(telah di google, copy dan paste dari blog lain ye)
 
**********************************************************************************************************************************************************
 
Semalam, sewaktu saya mengantuk-mengantuk nak tidur tengahari, boss tiba-tiba datang dan mengajak saya pergi ke majlis tahlil. Adoii, sesungguhnya gue mengantuk gitu, tetapi kerana boss sudah menyeru ke arah kebaikan, sayapun menurut perintah lah.
 
Tapi elok juga sebab ada sedikit pengisian telah dilakukan. Ustaz jemputan telah bercakap mengenai amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan.
 
Antara yang ditekankan adalah fokus. Fokus sekarang adalah terlampau banyak mengenai makanan, apa yang nak di masak dan persiapan raya. Sepatutnya, apa yang lebih penting adalah untuk mengambil kesempatan atas kelebihan di bulan Ramadhan untuk melebihkan amal ibadah seperti solat sunat, membaca quran dan bersedekah.
 
Ustaz telah menyarankan kepada wanita yang bangun untuk menyediakan makanan sahur supaya memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu...heeee..bagus kan? Cuma adakah saya kuat untuk melakukan ini...
 
Saya ni sebenarnya tidaklah fokus kepada makanan ataupun membeli baju raya/kuih raya dll sebab kenyataannya saya dan hubby memang simple. Kami beli makanan berbuka memang cukup-cukup ataupun kurang sedikit sebab kami memang tidak suka bila ada makanan berlebihan.
 
Fasal baju raya pulak, saya sejak kahwin ni barulah betul-betul beli baju raya. Sebelum kahwin, saya ada baju raya pun ok, tak de pun ok. Saya akan pakai baju kerja aja. Sesungguhnya hubby lah yang mengajar saya untuk lebih membeli baju raya (sila salahkan orang lain!)
 
Walau bagaimanapun selepas kahwin ni, saya memang beli baju raya, lagi pun, baju raya saya akan jadi baju kerja kan...jadi kira ok lah tu.
 
Tapi hubby dan saya memang akan berbelanja lebih untuk beli keperluan rumah-rumah di kampung kami. Haaaa, yang itu, kalau diikutkan, mahu kami beli lori kecil...segala macam mak nenek kami beli...heeee
 
Ait, cerita raya pulak...bukan ke nak bercakap mengenai Ramadhan tadi?..Hmmm...itu ajalah kut, nak menasihatkan sangat, siapalah saya ini kan? Tapi semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik, semoga kita dapat menyempurnakan Ramadhan kita, semoga dapat kita nilai tambahkan (value add) ibadah puasa kita dengan ibadah sunah yang lain seperti solat tarawikh dan bersedekah, insya allah. Selamat Beribadah wahai sahabat-sahabat, kakak-kakak saya juga anak-anak sedara saya yang saya kasihi...
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment