Wednesday, July 24, 2013

Selasa, 23 Julai 2013

Sekarang ni dah pukul 11.07 minit malam. Kami dah berbuka, dah solat tarawikh dan sekarang tengah lepak-lepak depan tv. Saya sepatutnya iron baju ni, tapi ada sedikit malas...he he he.

Saya rasa saya akan put on weight la plak posa ni. Bukan apa, menu kan ditentukan oleh hubby, dan tahun ni, hubby macam suka makan nasi, berbuka makan nasi, sahur pun makan nasi.

Lepas tarawikh pula, ada moreh...lagi la. Saya, without fail akan ambil makanan...he he he. Malam ni menunya mee goreng dengan kuih seketul, semalam ada mee kari, sebelum ni ada mihun sup la, mihun la...tempting  la, tak leh nak skip.

Tapi sebab ada lah juga perasaan insap, saya pun minta hubby jangan beli kuih dah untuk saya. Saya juga kurangkan masak nasi, sampai hubby complain la plak kata tak cukup...he he he.

Lagi satu, saya memang tak larat nak buat ER la. So...ada sedikit risiko di situ.

Malam ni malam yang ke 15 kan? Tadi waktu di surau, imam tu siap bagi galakan untuk semua makmum buat solat tarawikh 20 rakaat...tapi saya, masih la buat 8 rakaat aja. Saya ni memang la iman kulit bawang lagi.

Semalam lagi la pulak, waktu solat tu, siap asyik tengok jam dengan harapan supaya imam boleh laju sikit sebab nak tengok Dahlia, episod akhir.

Lagi satu, waktu kat surau tu, mata sibuk juga pandang keliling, tengok telekung orang...he he he

Tapi saya tetap doa semoga saya akan jadi insan yang lebih baik selepas ramadhan ini, insya allah. Saya memang tak sempurna dan kadang-kadang tak boleh fokus...tapi atleast saya cuba jugalah kan...

wokeh la, itu aja dulu...gudnite!


No comments:

Post a Comment