Saya sekarang di ofis dan sangatlah mengantuk...tulonnn!
Pagi tadi saya bangun jam 4.40 pagi. Saya kena masak sardin (macam lah susah masak sardin kan?..hiks). Menu pagi ini adalah sardin di makan dengan roti. Untuk hubby saya buat kan teh tarik dan untuk saya saya buat nescafe, konon untuk menghilangkan mengantuk, tapi tetapppp lah mengantuk.
Lepas tu, siap-siap dan pergi kerja jam 6.37 pagi.
Saya dapati orang-orang Shah Alam ni memang agak lambat keluar rumah lah sebab kawasan saya tu, sunyi senyap betul waktu saya sudah mula memandu. Maklumlah, kalau tinggal di Shah Alam, kerjapun di Shah Alam, memang kesesakan trafik tidak menjadi isu langsung. Beruntunglah mereka yang diberi rezeki sedemikian oleh Allah.
Sewaktu dalam sunyi senyap itu, saya teringat kepada beberapa orang kawan ofis saya yang terpaksa keluar rumah sangat awal setiap hari. Mereka ini selalunya tinggal agak jauh seperti di Kelang ke, Ulu Selangor ke, Ijok ke (Ijok di Selangor ye), dan mereka ini biasanya tidak boleh memandu dan terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Selalunya sang suami akan menghantar isteri ke stesen bas sebelum subuh lagi. Setelah sampai, kawan saya ini akan bersolat di stesen bas tu dan lepas aja habis solat, mereka akan terus naik bas.
Selalunya mereka yang naik bas pertama bergerak ini adalah kumpulan orang yang sama, oleh itu mereka akan saling mengenali antara satu sama lain. Satu perkara yang baiknya adalah sebab mereka tidak memandu, mereka bolehlah lena di sepanjang perjalanan...dapatlah berehat sedikit.
Proses untuk balik ke rumah juga tidaklah senang. Pada hari-hari biasa, kawan saya ni akan sampai rumah jam 8.00 lebih. Kadang-kadang, kalau mesyuarat lambat habis, dia akan sampai lebih lewat lagi.
Tapi itu lah, tuhan ambil sikit masa kawan saya ni tapi dia tetap positif. Dia adalah seorang yang ceria, jarang sekali mc dan seorang pekerja yang bagus. Dia bersyukur dengan apa yang dia dapat, dan tidak fokus dengan cabaran yang terpaksa dia hadapi hari-hari...
Setelah terkenang dengan kawan saya ni, saya terkenang pulak dengan orang muda sekarang yang nak bangun pagi untuk menghadiri kuliah pun tak boleh. Mereka bukannya perlu bangun awal pukul 5.00 pagi, malah, kuliah tu kadang-kadang hanya bermula pukul 10 pagi atau petang...cabaran yang seringan itu pun tidak mampu mereka harungi...sedih saya.
Saya pun tak tahulah apa sebenarnya yang mereka fikirkan. Mereka dah besar, tak kan mereka tidak nampak pengorbanan ibu/ayah bangun pagi pergi kerja, stress kena marah dengan boss, stress kerja tak sempat siap... tapi diharungi juga demi menyara mereka dan adik beradik mereka. Mereka ni pulak, bukannya tak pandai, pandai-pandai belaka, tapi cara mereka berfikir itu memang lah tak mampu saya nak faham...tak tercapai otak saya ni, I cannot keep up with them...
Sekiranya mereka ini tidak mahu belajar, tetapi ada perancangan lain, tak pe lah juga kan, tapi bila ditanya apa perancangan masa depan, diam, they have no idea at all...haish, keliru den.
Aittt, saya melalut la tu, mari berbalik kepada apa yang berlaku kepada saya pagi ini ye, pada hari pertama di bulan puasa. Keadaan sunyi terus meriah apabila saya masuk ke Lebuhraya Persekutuan. Saya dapati keadaan trafik ada sedikit baik dari bulan puasa tahun lepas, mungkin kerana ramai pelajar kolej/Uni telahpun habis periksa dan sedang bercuti panjang sekarang, alhamdulillah.
Waktu hujung-hujung nak sampai ofis, saya rasa nak buka mata pun dah tak larat...saya tersangatt mengantuk. Sampai ofis..teringin nak tidur, tapi tak sempat...hikssss...tak pe, nanti lunch saya tidur ya....have a nice day everyone!
No comments:
Post a Comment