Thursday, July 4, 2013

Hari ini : 4 July 2013

Walaupun penat sikit, tapi saya tetap pergi kerja hari ini. Ada satu program yang melibatkan para vendor Bumi putra dan kita orang perlu membuat "presentation".

Walau bagaimanapun, boss saya telah bersetuju untuk membuat presentation hari ini, alhamdulillah, heee, selamat aku.

Saya juga adalah teruja kerana memang saya tidak pernah melihat boss buat presentation mengenai topik yang ini. Hmmm, saya nak tengok boss saya buat dengan harapan saya dapat belajar dan memperbaiki saya punya "presentation" juga.

Boss saya tu bersemangat lah. Excited pun sama. Dia siap pegang mike dan tidak berdiri sahaja di rostrum seperti saya...dia boleh pusing-pusing satu stage tuh...

Saya tidak rasa yang saya boleh buat begitu. Realitinya saya memang bukan orang yang macam tu. Saya ni selalu cool aja dan tidak suka beriya-iya. Sooo, saya tidak rasa yang saya akan tiru yang itu lah.

Tapi mungkin saya perlu bagi sedikit energy lah sekiranya saya buat presentation di lain masa sebab kalau tidak, mungkin orang akan mengantuk kan.

Boss ada juga hint macam ni sebelum dia naik ke atas pentas tu..."you lah buat presentation ni Bibah"...

Saya pulak, selamba aja jawab " ehhhh, kan En ... kata memang nak buat?"..

heeeee....but frankly, I really did not mind at all. Yeah, since I have been doing it for more than 5 times already, I think I have gained my self confidence bit by bit, insya allah.

Oh ye, saya baru balik dari Bintulu dan Kuching. Saya pergi untuk kerja lah. Ini adalah trip pertama yang saya pergi sewaktu saya di DI. Hmmm, pengalaman yang cukup bagus.

Kalau sewaktu di Metal saya selalu suspense bila berjumpa company, untuk trip yang ini, challenge yang lebih hebat adalah sewaktu saya mempengerusikan sesi networking dengan syarikat sewaktu di Bintulu juga sesi networking bersama Associations sewaktu di Kuching.

Sesungguhnya sesi di Kuching adalah lebih mencabar kerana jumlah mereka yang terlibat adalah dalam 28 orang dan isu yang dibangkitkan adalah lebih mencabar. Selepas ber networking, kami juga ada sesi makan tengahari bersama di mana saya perlu host table...tapi saya belajar satu perkara iaitu sesungguhnya waktu makan adalah waktu di mana sangat banyak maklumat yang boleh didapati daripada syarikat-syarikat ini. Yup, mungkin kerana keadaan adalah lebih santai...

Hmmmm...saya dah buat kerja-kerja yang macam ini lah sekarang...saya kena belajar bawa diri secara betul. Yang paling penting pastinya ilmu dan keyakinan diri. Saya juga bersyukur kerana walaupun tidaklah sempurna, saya dapati saya mampu membuat presentation  serta berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kenalah senyum...he he he. Lepas tu, untuk menjadikan kita lebih selesa/yakin, kita kena juga dressed up accordingly. Yang niiii....saya masih kurang pasti. Tak pe, nanti saya tanya tok bomoh saya, dia kan image konsultan saya, ekekekekek.

Hmmm...saya pun rasa macam excited nak tahu kerja yang macam mana pula yang perlu saya buat pada masa hadapan, saya rasa takjub aja dengan kerja yang saya kena buat sekarang ini.....semoga saya mampu melakukan apa sahaya yang telah dipertanggungjawabkan, insya allah.


No comments:

Post a Comment