Macam semalam, saya dan hubby tengah lepak depan tv, selepas sahur dan solat subuh. Kami sembang-sembang dulu tapi sekarang ni hubby dah tutup mata pun...saya pulak, meniarap tengok laptop...hiks.
Saya tengah tungguh washing machine habis basuh saya punya telekung. Bukan apa, kan sekarang pergi solat tarawikh di surau, kalau telekung wangi, bersemangat lah sikit nak solat..he he he.
Semalam, selepas solat tarawikh, kami sekali lagi telah melakukan lawatan ke sekililing Shah Alam. Sebenarnya, tujuan kami keluar adalah untuk mencari port untuk minum/lepak. Tapi sebelum minum, kami telah re-visit jualan besar-besaran permaidani Jackel di Seksyen 7. Memang besar lah tempatnya, dan banyak juga permaidani yang dijual. Tapi saya rasa harganya biasa aja, malah, hubby kata, bukan ada potong 80% sangat pun seperti yang war-warkan. Hubby perasan yang harga tempat lap kaki tu, they put the real price as RM12 and after less 50%, it become RM6, sedangkan harga sebenar memang RM6 pun. Hmmmm....itu memang masalah potongan harga di Malaysia kan. Tapi saya rasa, kalau betul-betul nak beli carpet, pergilah ke Nilai 3, memang ada perbezaan yang besar dari segi harga.
Tapi kami hampir juga tergoda nak beli...ada juga yang lawa kan. Tapi kami dah set, kalau nak tukar pun karpet satu hari nanti, kami akan tukar ke jenis yang silk tu kan...heeeeee. Semalam kami tanya ada satu permaidani jenis silk ni, berapa harga. Tahu tak berapa? Haaaa...8K babe...baik gue pergi melancong kalau gitu....
Both hubby and I were also excited to find out that the lead actor for last year drama is still there...as handsome and macho as before...he he he. Tapi kali ni dia tak layan kami, jadi dia tak sempat nak mengalunkan lagu untuk kami...
Selepas itu, kami pun pusing Seksyen 7 di sekeliling Jackel tu. Rupanya ada banyakkkkk kedai yang baru buka di situ. Kami jarang masuk kawasan tu sebenarnya, tapi kami bercadang nak masuk lepas Ramadhan ni, nak try kedai-kedai makan yang ada di situ. Kami juga dapati Sekinchan Ikan Bakar sudah tutup...tapi Sekinchan Ikan Bakar kat semua tempat pun sudah tutup kan ?
Lepas tu kami meneruskan perjalanan round Shah Alam. Mula-mula kami pergi Seksyen 9. Tengok Pelita di Plaza Masallam, penuh tahap gaban. Lepas tu pergiiiii....seksyen 4. Mula-mula hubby ingat nak g Tirai Ratus, nak makan sate, tengok-tengok tak de pulak sate. Semalam Tirai Ratus pun happening, penuh. Depa ni semuanya jenis lepak-lepak lepas tarawikh kan.
Kami akhirnya singgah kat Syed. Makan sate....sedap. Kami order 10 batang sate daging, kongsi.
Lepas tu balik, lepak, masak nasi untuk sahur dan tidur.
That is supposed to be the introduction kan? And I am suppose to write on something after this kan? Heeee....awat tak de idea lagi ni?
Mungkin saya boleh menulis tentanggg...saya sedang menilai diri sayalah, adakah saya di hari ini lebih baik dari saya yang dahulu?
Bukan apa, saya terfikir kan benda ini sewaktu saya bersolat Tarawikh baru-baru ini.
Sewaktu saya di sekolah/asrama, saya memang sentiasa mengamalkan solat tarawikh berjemaah. Saya teruskan perkara ini sehinggalah saya di ITM. Sewaktu saya bujang, pada mulanya saya buat berjemaah juga di Masjid UIA PJ tu, tapi lepas tu, saya buat dalam bilik aja.
Lepas kahwin, dua tahun pertamanya, saya buat juga di Surau Apartment Baiduri, tapi 4 tahun kemudiannya, saya buat sendiri aja di dalam bilik.
Pada waktu mula berpuasa baru-baru ni, seperti biasa, emak saya suruh la saya pergi bertarawikh secara berjemaah. Saya tak nafikan yang saya terus aja decided to ignore emak saya punya nasihat tu...bukan apa, saya bukan tak buat pun, buat, tapi buat sendiri ajalah kan. Okay apa.
Tapi mungkin ada terdetik sedikit kut perasaan ingin melawan kata-kata emak tu kan, jadi Allah sudah beri satu balasan, yup, saya ada problem sikit dengan period saya, ianya berlanjutan menjadi lebih lama dari biasa.
Sepatutnya perkara seperti itu tidaklah menjadi masalah sangat kan? Tapi sudah ditakdirkan, saya macam jadi emosi pulak. Rasa sedih sangat sebab tak boleh puasa dan tidak boleh bertarawikh. Terus saya rasa saya nak pergi bertarawikh di surau setelah saya boleh berpuasa nanti.
Hmmm, setiap perkara itu terjadi mesti ada sebabnya...Jadi, setelah hampir 4 tahun tidak bertarawikh di surau/masjid, akhirnya saya telah pergi balik. Entahlah, tapi saya rasa, masa period saya yang berpanjangan sehingga 10 hari tu menjadikan hati ini nak sangat solat dan puasa...jadi, bila saya buat solat sunat 2 rakaat sebelum isyak di surau Al-Islah tu, tergenang pulak air mata saya. Terasa nikmatnya beribadah....
Hmmm...macam itu lah kan. Waktu Allah bagi kita masa dan kesihatan yang baik, kita sia-siakan dengan bermain bubble shooters (sayalah tu). Sekali Allah ambil sikit aja, 10 hari...baru lah hinsap sikit. Tapi saya harap perasaan insap sikit sikit ni akan berkekalan lah, jangan "hot hot chicken stool" lagi.
Untuk malam ni, saya harap adalah orang jual laksa yang sedap kat mana-mana. I am so into something which is masam and pedas lah...semoga ada rezeki orang yang hinsap ni...miahahahaahahah...
Selamat Berpuasa Semua!
No comments:
Post a Comment