Sekarang kan bulan Ramadhan? Tapi, semalam. tepat jam 11.00 pagi, hubby dan saya sudah duduk terlangak depan tv, yup, kami tengok HBO, ada cerita James Bond yang latest tu, Skyfall.
Sebenarnya kami ada plan nak menonton sewaktu filem ni ditayangkan, tapi tangguh punya tangguh, langsung habis tayangan, Tak sangka pulak akan ditayangkan di HBO sebegitu cepat.
Not bad lah tengok filem 007 di tv. Lagipun ada HD kan. Boleh baring-baring kat rumah..selesa gila.
Secara peribadi saya lebih suka filem yang ini sekiranya dibandingkan dengan yang terdahulu tu, Casino Royale. Yang ini, faham la sikit saya jalan ceritanya, walaupun ada juga banyak adengan yang akal saya tidak boleh terima.
Secara peribadi juga (kalau tak setuju dengan saya, sila abaikan ye), saya sangattt suka dengan hero Bond yang ini...he he he. Sangatlah "manly".
Pernah dulu dalam satu sesi kursus ini, penceramah tu tiba-tiba bertanya siapakah hero filem James Bond yang anda suka? Haaaa....penceramah itu secara peribadi merasakan Daniel Craig ni tak handsome langsung...ramai juga yang setuju...sooooo. Tapi tak kisah la, saya tetap suka juga.
Seperti biasa filem ini juga memaparkan ciri-ciri "British" yang saya macam suka tengok. Kereta Jaguarnya (Jaguar ni masih milik "British" ke?), bangunannya, accentnya. Saya juga suka set office M tu. Macam lawa. Saya juga suka sebab bilangan heroin seksinya kurang, maklumlah, bulan puasa kan.
Saya rasa saya boleh tengok lagi sekalilah cerita ni...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Malamnya pula, saya pergi bertarawikh dan ada sedikit pengisian selepas solat Isyak. Dalam pengisian itu, ustaz telah mengingatkan supaya kita meningkatkan pengisian Ramadhan di malam 10 yang terakhir. Ustaz tu juga cakap, kurangkanlah aktiviti yang sia-sia (alamak, saya baru aja tengok filem James Bond siang tadi), he he. Ustaz itu juga menyeru supaya kita melakukan qiamullail, of which saya memang sudah lamaa tak buat.
Malam sebelumnya, ada seorang ustaz ini mengingatkan supaya kita tidak lupa untuk membaca quran dan menyedekahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa serta saudara mara dll. Yang ini pun saya kurang buat lah. Saya cuma amalkan baca alfatihah/qul huallah sewaktu drive ke office dan disedekahkan kepada mak/ayah serta saudara mara yang lain.
Saya rasa saya memang banyak lalai betul la selama ni. Saya bukannya tidak berilmu, tapi amalan tu macam secara perlahan pergi macam tu saja...apalah nak jadi dengan saya ni.
-------------------------------------------------------------------------------------
Selepas tarawikh, kami pun pergi melawat kawasan. Heeeeeee. Kami telah pergi round Shah Alam pada hari Sabtu malam Ahad, juga semalam, iaitu pada hari Ahad, malam Isnin. Hari Sabtu malam Ahad tu, orang memang sangattttt ramai. Mesti para peniaga rasa lega. Waktu kami pergi tu, sudah selepas jam 12 malam, tapi jumlah pelanggan masih ramai.
Walau bagaimanapun, semalam, jumlah pelawat sudah berkurangan, ye lah, kan hari esoknya kerja.
------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam, kami berpeluang minum di Uncle K sebab kami telah nampak ada meja kosong dari dalam kereta. Di sebelah kami, ada satu keluarga yang baru habis makan malam, walaupun waktu tu jam sudah hampir 12 tengah malam. Keluarga ini terdiri daripada ayah, ibu, dan tiga orang anak. Mereka mesti baru selesai shopping raya sebab saya lihat anak-anak pasangan ini masing-masing memegang bag yang berisi baju/kasut.
Saya assume (I maybe wrong) yang keluarga ini mungkin telah berbuka dengan memakan makanan ringan terlebih dahulu, kemudian solat dan sambung shopping. Bukan apa, nak makan pun mesti tidak selesa waktu berbuka tu sebab mesti semua kedai makan penuh tahap gaban. Setelah selesai shopping, barulah mereka cari kedai makan dan makan heavy sikit. Saya tengok depa makan ikan steam dengan udang, kira mewah la tu, dekat Uncle K yang mahai giler pulak tu.
Anyway, saya suka tengok muka bapa kepada family ni, yup, somehow saya nampak kepuasan di muka ketua keluarga ini. Saya nampak dia gembira/puas/bersyukur sebab dapat menggembirakan keluarga nya. Macam iklan credit card tu kan, "kepuasan" itu tidak dapat di jual beli.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesti ramai orang bercakap mengenai kes Asyraf Muslim di luar sana kan?...haaaa....mesti semua orang ada pendapat masing-masing dan rasa mereka lebih tahu tentang Asyraf Muslim dari Asyraf Muslim sendiri kan? Ha ha ha...let's not judge lah kan. Kita mungkin tidak setuju dengan keputusan yang Asyraf buat, tapi mesti ada sebab sesuatu perkara itu berlaku. Ikhlas kan hati kita dan doakanlah yang terbaik buat Asyraf dan keluarganya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu saja coretan saya pagi ini. Selamat berpuasa, dan semoga kita dapat menambah ibadah kita di hari-hari terakhir di bulan yang penuh barakah ini...Selamat menyambut minggu baru....
No comments:
Post a Comment