Saya selalu baca ada satu blog ni dan saya kagum betul dengan cara penulis blog ni berbelanja.
Penulis ni banyak la duit kut kan, sebab kalau tidak, masakan dia boleh berbelanja dengan sangat hebatnya. Kalau keluar negara dia boleh beli banyakkkk handbags, kasut, sunglasses dan banyakkk benda lain lagi. Kat manalah dia nak simpan semua barang tu di rumah, saya tidak boleh bayangkan.
Barangan yang dia beli pulak tu, tak main la macam kasut Clark yang berharga kurang dari RM400 tu kan, tapi dia beli kasut yang berharga 2k sepasang dan dia boleh beli 4 pasang sekali gus, berlainan warna lah pulak...
Hmmmm...macam mana tu? Sebenarnya saya tulis ni sebab saya baru ternampak satu pasang kasut ni. Saya kan "the ugly fat stepsister" yang berkaki tidak kecil, hiks...jadinya, untuk mencari sepasang kasut perempuan yang cantik/selesa/tak berapa mahal tu adalah tidak senang. Oleh kerana itu, saya ada habit di mana, apabila nampak satu yang memenuhi kriteria yang telah disebutkan tadi, saya akan cepat-cepat nak beli dan simpan, ye disimpan supaya saya tidak ada masalah tiada kasut di masa hadapan.
Kasut yang sesuai ini ada dua tau, satu yang flat, satu lagi pulak, yang ada heels sikit. Saya nak beli dua-dua sebab yang flat tu untuk visits/travel dan yang ada heels tu untuk kerja/functions dll. Tapi hubby kata beli satu aja dulu cukuplah cikbib..and I must admit that he has got his point. Takkan lah nak beli semua kan? Kasut kerja saya yang satu ni pun baru lagi sebenarnya...
Tapi kan, sebab macam ter sedih sikit, saya pun rasa macam nak jadi orang kaya. Terus suka lagu "KALAU AKU KAYAAA, HARI HARI HARI RAYAAA"...haaaa, yang Ultimate dengan Awi Rafael nyanyi tu..langsung asyik nyanyi lagu tu ajaa pagi ni, he he he.
Adoiii, manusia ni tak pernah bersyukur kan? Tak pernah cukup dengan apa yang ada. Tapi tak pe lah kut, mungkin saya beli sepasang bulan ni, sepasang lagi bulan depan, bole? Nanti kalu ada bonus keee? Boleh tak tok bomoh?
Saya tahu hubby mesti fikir fasal kewangan untuk hari raya kut sebab kami memang akan banyak guna duit. Kami kena sediakan duit raya, duit minyak, duit tol, beli kuih raya untuk dua rumah, duit untuk beli barang-barang lain juga untuk dua rumah etc etc etc...boleh tahan juga jumlahnya. Tapi insya allah, sekiranya dirancang dengan baik, akan ada rezeki dari Allah. Memang nampak macam jadi bebanan tapi sesungguhnya ini juga adalah masa untuk menyumbang kepada keluarga dan berkongsi rezeki yang ada, insya allah ada keberkatannya.
Sudah 7 tahun kami beraya bersama dan saya rasa masa merancang itu adalah masa yang sangat manis. Waktu mula kahwin, kami ada satu buku untuk buat kira-kira. Yup, kami campur gaji sama-sama dan kira semua perbelanjaan. Yang mana lebih penting, kami dahulukan... Kami juga pastikan yang kami cukup bekalan selepas raya, heeee, sebab kalau tidak, haru biru la plak kan.
Aiyo, tak boleh elak la nak cakap fasal raya ni, walaupun tujuan asal iyalah nak cakap fasal nak beli kasut tuuuu...Okay la itu aja dulu...bubaiii
No comments:
Post a Comment