Hari ini hari Rabu, 24 Julai, 2013.
Semalam, sebelum tidur, saya dan hubby bersembang.
Macam-macam lah yang disembangkan. Antaranya ialah saya plan nak ambil cuti hari Jumaat ni sebab Selangor cuti sempena Nuzul Quran.
Saya cakap lah yang sebenarnya saya dah submit permohonan cuti saya, tapi boss belum approve lagi. Kami gelak-gelak lah cakap, what if boss tanya macam ni " Bibah, kenapa mu nak cuti Bibah?"....Haaa, saya nak jawab macam ni lah "saya nak beribadah Boss"...
Boleh ke jawab macam tu? hikssss
Sebab nak cuti, saya cakap dengan hubby yang saya teringin nak masak nasi lemak. Hubby pun macam excited juga, dia kata, buat sambal udang+petai juga...haaa...set.
Hari ini pula, sewaktu stuck dalam traffic jam sewaktu dalam perjalan balik ke rumah, saya pun siap berangan balik...yup, saya berangan masak nasi lemak, masak sambal udang, lepas tu fikir pulak, nak tambah apa apa lagi tak? Haaaa, rasa nak buat telur rebus yang part kuning nya lembut-lembut sikit, nak ada banyakkkkk timun.
Sampai kat rumah, hubby terus kata, "cikbib tak payah masak nasi hari ni sebab saya beli laksa dengan mihun goreng...".Adoiii, hancur angan-angan saya tentang nasi lemak tuh...heee.
Hmmm, walaupun tak de gambar tentang menu berbuka, nampaknya blog saya ini pun masih bercakap tentang makanan kan?...nanti kalau saya masak nasi lemak...saya tangkap gambar ye...kalau tak lupa lah.
Okay, gudnite!
No comments:
Post a Comment