Saturday, June 4, 2016

4 Jun 2016 - RIP Muhammad Ali

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, jam 4 petang. Saya bersiaran daripada meja kerja suami saya di Sri Kepayan. Saya berseorangan kerana suami saya masih di Semenanjung, dia ingin berpuasa dengan ibunya sebelum kembali ke KK.

How's things? Sesungguhnya ada banyak perkara yang berlaku sepanjang percutian saya baru-baru ini sehingga saya tidak tahu bagaimana ingin saya memulakan penulisan saya. Kekeliruan itu juga membuatkan saya tidak menulis.

Bagaimanapun, sebentar tadi, saya telah dikejutkan dengan berita yang peninju Muhammad Ali telah meninggal dunia dan saya terus terpanggil untuk mencatatkan peristiwa tersebut di sini.

Muhammad Ali adalah satu nama hebat pada satu masa dahulu dan sesungguhnya, saya tidaklah mengenali beliau sangat tetapi saya sempat merasakan tempias aura beliau kerana kedua-dua ibu bapa saya adalah peminat Muhammad Ali. Ibu bapa saya sentiasa memperuntukkan masa sekiranya ada live telecast tinju yang melibatkan Muhammad Ali.

Selain daripada itu, sesi persekolahan juga akan di berhentikan sementara bagi membolehkan murid-murid serta cikgu menonton perlawaanan tinju di peti tv. Meriah sungguh pada zaman itu.

Muhammad Ali meninggal dunia sewaktu bulan Ramadhan semakin hampir. Semoga dipermudahkan semua urusan akhirat beliau. Alfatihah.

No comments:

Post a Comment