Sunday, June 5, 2016

FD TWC Hari Kedua (Bhg. 1) - 28 Mei 2016

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk siapkan post mengenai FD TWC secepat mungkin kerana dua sebab iaitu :
i) TWC sudah dimaklumkan mengenai post hari pertama dan oleh kerana itu mesti mereka tidak sabar untuk membaca post hari ke dua pula

ii) Bulan puasa akan bermula esok, eloklah saya selesaikan post mengenai FD TWC secepat mungkin...

So...here we go, the second day of FD TWC.

-----------------------------------------------------------

Saya cuba mencari gambar bilik tempat kami bermalam di KDM, malangnya tiada. Untuk makluman, rumah yang kami sewa/tinggal ada 5 bilik dan 3 bilik air. Rumah ini ada tiga tingkat di mana ada dua bilik di tingkat satu dan hanya satu bilik di tingkat 3. Sebab kami dua orang aja, kami pun di tempatkan di tingkat 3, kami tak payah bawa banyak barang kan.

The good thing about staying on the 3rd floor is you have the privacy you need and you have your own toilet/bathroom. Butttt...you have to go up and down using a very steep stairs...kalu lutut sakit kalu, hoo, itu adalah masalah.

That's among the thing that we have to consider in our next FD, insyaa allah. Mungkin kami terlupa tahun ini untuk mengambil kira masalah-masalah naik-turun tangga untuk mereka yang tidak berapa sihat seperti MIL. Tak pe, kita belajar dan kita perbaiki.

Dan satu lagi yang saya bersyukur sebab tinggal tinggi di tingkat 3 adalah kerana kami dapat menikmati keindahan matahari terbit...ada gambo


cantik kan?

Lepas tengok matahari terbit pada hari Sabtu, 28 Mei 2016, kami pun bersiap dan turun ke bawah untuk sarapan dan terus ke lokasi sukaneka

Sewaktu kami turun, ramai lagi yang lain-lain belum turun jadi yang sudah turun tu tolong membuat persiapan

Dan amik gambo...tengok t-shirt yang kami tempah tu

Ini Rain...dia berehat di bawah kipas sebab hari sudah bertambah panas

Dari jauh, saya nampak MIL berehat di balkoni sementara menunggu yang lain bersiap...

sementara menunggu, acara menangkap gambar berlaku...ini antaranya lah.....sepupus...

Semakin ramai yang sudah turun, kami sedang menunggu untuk mengambil gambar keluarga


Yay, akhirnya menjadi kenyataan walaupun lewat sejam...alhamdulillah

Selepas itu, permainan pun bermula....


Untuk budak-budak, berebut gula-gula/jelly dll. Waktu tu rasanya, parents yang lebih excited menjerit arahan...

Lepas tu, acara untuk remaja muda...

bawa bola pingpong dengan chopstick...

Yang ni pulak...

Yang ni macam sudah campuran remaja tua dan remaja muda...keliru saya

Tapi seronok aja tengok kesungguhan mereka

ada acara meniup tepung, yang ni pemenang perempuan...

Yang ni, gambar pemenang lelaki

ooo....mesti lah ada tetamu VIP kan....haaaa....ini kira VIP TWC lah....

Ini pula adalah kumpulan dewasa, ada yang tidak masuk, jadi tinggal lah 4 orang ni

Acara untuk golong lelaki dewasa...makan epal laju-laju

Ya allah. This is another side of hubby that I have just discovered, he is very competitive indeed. Dia menang no 1 untuk yang ini

Tiup belon...yang tiup belon merah tu dapat no 1 sebab belon dia pecah awal. Suami saya dapat nombor dua

Kih kih kih kih kih...saya yang bertopi tu...tak menang pun

Yang ni adalah acara musical chair...saya sudah malas tangkap gambar waktu ni, dah duduk melepak aja

Yang atas ni adalah acara untuk pasangan, kena makan laju-laju

Kalau fasal makan, saya dengan suami memang laju...tengok tu, orang lain makan lagi, tapi saya sudah berdiri untuk ambil hadiah...

Lepas acara sukaneka adalah acara bebas. Mereka semua pakat masuk swimming pool. Lepas tu, ada acara makan tengahari...

Saya hanya sempat tangkap gambar di atas tu saja...sekali lagi tiada gambar makanan yang dihidangkan. Tapi antara yang istimewa adalah gulai tempoyak ikan patin.

hmm, close up sikit....

Lepas itu, kami balik lepak di bilik dan petangnya kami ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, di Kuala Gandah.

Bergambar di luar dahulu, sementara menunggu tiket dibeli

besar gajah ni...dan sungguh berbau sepeerti gajah...ekekekeek

Suap gajah makan kacang, tengok muka saya tuh, geli jugak bila kena belalai gajah tu dan ada macam air liur gajah yang bila kena di tangan kita, walaupun sudah di basuh dengan air, bau tu masih ada...haihhh

Anyway, selepas melawat gajah, kami telah balik ke KDM semula, bersedia untuk BBQ malam itu....saya sambung di lain post lah ye sebab banyak gambar....

No comments:

Post a Comment