Saturday, June 4, 2016

25-26 Mei 2016 di Shah Alam

Assalamualaikum.

Mari bercerita tentang percutian saya pada 25 Mei sehingga 1 Jun 2016.

Tujuan kami balik ke Semenanjung adalah untuk hadir ke Family Day Keluarga Tok Wan Chot yang diadakan di KampungStay Desa Murni (KDM), Termerloh. FD ini berlangsung pada 27-29 Mei 2016. Seterusnya, kami juga akan ke Chemor untuk melawat emak saya dan suami pula akan meneruskan cutinya sehingga awal Ramadhan kerana ingin berpuasa di kampung halaman (Felda Ijok, Selama).

Kami telah bertolak dari KK pada jam 11.00 pagi dan sampai di KLIA2 lebih kurang jam 1.30 petang. Kami akhirnya tiba di rumah kami di Jalan Ferum pada jam 3.00 petang. 

Kami sempat pergi melawat AEON Shah Alam pada hari Khamis dan beli buah-buahan yang sudah di potong, beli durian juga, beli jagung serta air mineral untuk bekalan ke KDM. Kami juga sempat ambil baju raya daripada tukang jahit di Puchong.

And yeah, saya ada tangkap beberapa gambar makanan yang di makan...mari share..

Sempat pergi Pelita di Plaza Masallam. Hubby order mee goreng dan saya order mihun goreng serta ayam kampung goreng. 

Kami sempat pergi ke Teapot Deli untuk minum petang. Hubby makan pulut udang ini..

Saya order scones yang sedap ini

Dan hubby order puding roti juga, yang dia makan sorang-sorang sebab sedap...

Haaa...itu saja untuk post yang ini...

No comments:

Post a Comment