Assalamualaikum
Hari ini hari Rabu, 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Kawan2 saya di Semenanjung ramai yang bercuti pada hari ini, walau bagaimanapun, kami di Sabah masih perlu bekerja.
Untuk post yang ini, saya akan sambung kisah yang berlaku setelah Andak meninggal dunia, dan saya telah kembali ke Kota Kinabalu pada 1 Jun 2016 dan mula bekerja pada 2 Jun 2016 (Khamis). Seperti yang saya telah maklumkan terlebih dahulu, saya telah pulang bersendirian ke KK kerana suami telah mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama di Semenanjung supaya dapat mengerjakan ibadah puasa bersama ibunya (my MIL).
Saya bekerja seperti biasa pada hari Khamis itu walaupun mood tidak begitu betul setelah bercuti sekian lama. Setelah FD, juga kematian Andak, saya berasa agak penat dan sedikit "gelisah" tanpa sebab-sebab yang saya sendiri tidak pasti.
Saya ingat lagi di mana saya telah bertukar-tukar message dengan suami pada waktu tengahari di mana suami telah memberitahu yang tv kami di Jalan Ferum sudah buat hal...hah.
Saya ingat lagi di mana saya telah bertukar-tukar message dengan suami pada waktu tengahari di mana suami telah memberitahu yang tv kami di Jalan Ferum sudah buat hal...hah.
Petangnya, saya balik ke rumah seperti biasa dan apabila sampai, saya lihat ada 3 missed calls daripada suami. Saya terus telefon suami balik dan di beritahu yang abang ipar suami saya, Encik Assmad/Pakndak, telah meninggal dunia.
Haihhh...waktu tu, saya tidak blank langsung kali ni....terus sedih.
Sesungguhnya berita itu juga telah menjawab soalan kepada rasa gelisah (six sense kut) yang berterusan yang saya alami, yup, seakan ada berita sedih yang akan saya terima, rupanya Abang Assmad juga telah meningalkan kami.
Saya sedih, tapi saya bersyukur sangat kerana suami saya masih di Semenanjung dan berkesempatan untuk menghadiri pengkebumian, juga memberi semangat kepada keluarga Abang Assmad.
Saya juga bersyukur di beri kesempatan untuk mengenali Abang Assmad selama lebih daripada 10 tahun setelah saya berkahwin dengan suami saya. Saya tidak mempunyai banyak memori dengan Abang Assmad, ye lah, kami memang macam tidak satu gang pun.
Tapi Abang Assmad pernah tolong buat refleksologi apabila saya tersilap urat dan mengalami sakit pinggang pada tahun 2008, dan dengan izin Allah, setelah 2 kali urutan, sakit saya telah hilang.
Tapi Abang Assmad pernah tolong buat refleksologi apabila saya tersilap urat dan mengalami sakit pinggang pada tahun 2008, dan dengan izin Allah, setelah 2 kali urutan, sakit saya telah hilang.
Kami sering sahaja hadir di perhimpunan-perhimpunan keluarga, tapi kami jarang sekali bersembang. Tapi saya ingat lagi, pada satu hari raya, saya ada membawa kacang tanah ke kampung. Lewat malam, apabila Abang Assmad nampak kacang tersebut, beliau telah mengambil langkah pro aktif untuk merebus kacang tersebut dan kami telah ramai-ramai makan.
Pernah juga di satu masa, saya dan keluarga Abang Assmad telah singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan pulang daripada Ijok ke Chemor/Ipoh di mana kami telah mengambil keputusan untuk menaiki bot melayari Sungai Perak. Abang Assmad pada waktu itu telah menolong membayar harga tambang bot Saya dan Shukri. Memang harga tambang bot itu tidak mahal, tapi saya ingat dan hargai sehingga sekarang.
Gambar di atas adalah gambar Abang Assmad sewaktu dia lebih muda. Ganteng orang nya! Dan minat Abang Assmad adalah lebih ke arah seni. Dia pemain saxophone yang baik dan dia juga suka menyanyi.
Mengingati kerjaya Abang Assmad sebagai polis pula membuatkan saya teringat kepada rancangan tv the Andy Griffith Show. Kepada sesiapa yang pernah menonton rancangan tersebut pasti ingat bagaimana polis di dalam program tersebut tidak pernah menggunakan pistol kerana semua orang di penempatan mereka adalah baik2 belaka sehingga apabila polis tersebut akhirnya perlu membuat tembakan, keadaan menjadi sangat kelam kabut dan kelakar.
Mengingati kerjaya Abang Assmad sebagai polis pula membuatkan saya teringat kepada rancangan tv the Andy Griffith Show. Kepada sesiapa yang pernah menonton rancangan tersebut pasti ingat bagaimana polis di dalam program tersebut tidak pernah menggunakan pistol kerana semua orang di penempatan mereka adalah baik2 belaka sehingga apabila polis tersebut akhirnya perlu membuat tembakan, keadaan menjadi sangat kelam kabut dan kelakar.
Abang Assmad pula adalah polis yang bermain muzik dan saya juga rasa dia tidak pernah menggunakan pistol.
Dan, jangan suruh saya mengulas lebih lanjut mengenai minat Abang Assmad mengenai muzik ini kerana pendapat saya mungkin tidak tepat. But he just love music and was very passionate about it.
Abang Assmad juga adalah seorang yang simple dan tidak suka menyerabutkan fikirannya. Saya tahu dia tidak "judgemental" mengenai orang lain dan dia juga tidak suka bercakap buruk mengenai orang lain. Dan pastinya dia seorang yang penyayang dan sangat menyukai budak-budak.
Abang Assmad juga suka minum Nescafe O yang dibuat oleh isterinya. Pada bulan Ramadhan tahun lepas, sewaktu saya begitu excited meletakkan gambar makanan berbuka puasa saya di Group Wassup Keluarga, saya juga adalah meletakkan gambar minuman Kopi Tenom. Abang Assmad jarang berbicara di Wassup, tetapi dia telah membuat pertanyaan seperti ini "Sedap ke kopi Tenom?" Hikss...saya jawab lah "Sedap, nanti saya bawa balik kampung".
Interaksi terakhir saya dengan Abang Assmad adalah sewaktu saya ingin mengucapkan selamat berpisah di Temerloh. Oleh kerana kami tidak boleh bersalaman, saya telah pergi berjumpa Abang Assmad dan saya katakan kepada dia "Saya doakan Abang Assmad sihat semula lepas ini". Dia angkat tangan, angguk kepala dan senyum.
Saya cuba mencari gambar-gambar Assmad yang dulu-dulu...tapi tidak berapa banyak. Mungkin ada dengan anak-anaknya. Saya letak gambar-gambar yang saya ada sajalah yee....
Gambar di atas di ambil sewaktu FD tahun 2014, di mana Abang Assmad masih sihat.
Gambar ini di ambil sewaktu FD 2014, Abang Assmad bersemangat buat capati
Gambar FD 2016, memang allahyarham kelihatan uzur. The machine helped him to breath.
Tetapi isteri allahyarham sentiasa setia sebagai peneman
Kalau tengok gambar ini, kita boleh nampaknya bagaimana cerianya allahyarham...
This is one example when I say that music was his passion
Seterusnya adalah gambar pada hari pengkebumian. Saya telah minta suami saya buat laporan mengenai keadaan di Ipoh, tapi sebab suami pun jiwa kacau waktu tu, dia pun tak pasti apa gambar yang mahu di ambil agaknya. Anyway, let me share whatever I have...
Dini, Rain dan Kak Nor
Yon (anak bongsu), Kak Maton (isteri) dan Tasya (anak no 2 bongsu)....rasanya saya tidak perlu menulis apa-apa sebab gambar ini menceritakan segala-galanya
Gambar sebelum jenazah masuk ke liang lahad
Saya akhiri post ini dengan gambar individu terakhir allahyarham yang telah saya ambil
Saya cuma nampak yang Abang Assmad happy dan puas hati pada waktu ini.
Saya dan suami telah kehilangan dua orang yang kami sayangi dalam jangkamasa kurang daripada seminggu. Memang kami sedih, tetapi kami pasti kesedihan kami tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan yang di alami oleh isteri dan anak-anak allahyarham. Dalam keadaan ini, pastinya kita bergantung kepada masa untuk menjadi pengubat kepada segala kesedihan yang di alami, insyaa allah.
Damailah Abang Assmad di sana
ALFATIHAH
--------------
"Apabila mati seseorang anak Adam itu, makan akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu :
i) Sedekah Jariah
ii) Ilmu Yang Bermanfaaf
iii) Anak yang Soleh
No comments:
Post a Comment